Pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi masih tiada petunjuk | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Wanita nadi kekuatan keluarga, penggerak kemajuan negara – PM Anwar Malaysia Penglibatan wanita kini keperluan strategik, bukan lagi pilihan – MASA Dunia Letupan gegar kedutaan AS di Oslo, tiada kecederaan dilaporkan Advertisement Malaysia Pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi masih tiada petunjuk Bernama 08/03/2026 | 11:10 MYT Pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang serta anak kapal. – Gambar fail Reuters PUTRAJAYA: Operasi pencarian baharu bagi mengesan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 di kawasan baharu di selatan Lautan Hindi masih belum menemukan sebarang petunjuk lokasi pesawat berkenaan.Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Kementerian Pengangkutan memaklumkan pada 25 Mac tahun lepas, kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Ocean Infinity untuk melaksanakan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat penerbangan MH370 di kawasan baharu dianggarkan seluas 15,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.Advertisement Menurut kenyataan AAIB, operasi berkenaan adalah mengikut prinsip “tiada penemuan, tiada bayaran”, yang dijalankan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 antara 25 hingga 28 Mac, manakala Fasa 2 dari 31 Dis 2025 hingga 23 Jan 2026.“Secara keseluruhannya, sebanyak 28 hari operasi pencarian dilaksanakan merangkumi kedua-dua fasa selepas perjanjian dimeterai, dengan tinjauan meliputi kira-kira 7,571 kilometer persegi dasar laut dalam kawasan pencarian ditetapkan.“Ocean Infinity telah memaklumkan bahawa aktiviti tinjauan tambahan turut dijalankan dalam kawasan pencarian yang lebih luas sebelum perjanjian rasmi dimeterai pada Mac 2025, sebagai sebahagian daripada usaha menyokong operasi pencarian,” menurut kenyataan itu.Menurut AAIB, operasi berkenaan turut mengalami gangguan secara berkala akibat keadaan cuaca dan laut, dengan Fasa 2 berakhir pada 23 Jan tahun ini.“Sehingga tarikh kemas kini ini, aktiviti pencarian yang dijalankan belum menghasilkan sebarang penemuan yang mengesahkan lokasi bangkai pesawat berkenaan,” menurut kenyataan itu.AAIB memaklumkan, kerajaan kekal komited menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini kepada keluarga yang terlibat.Pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari radar pada 8 Mac 2014, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 239 penumpang serta anak kapal.Meskipun operasi pencarian, iaitu antara yang terbesar dalam sejarah penerbangan, telah dijalankan secara bersama oleh Malaysia, Australia dan China, pesawat berkenaan masih gagal dikesan dalam zon pencarian utama di selatan Lautan Hindi.Sejak itu, beberapa serpihan pesawat yang disahkan atau dipercayai berasal daripada MH370 telah ditemukan di sepanjang pantai di barat Lautan Hindi termasuk Mozambique, Madagascar dan Pulau Reunion.– BERNAMA Topic Berkaitan #mh370 #malaysia #bangkai #Pesawat #radar Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Wanita nadi kekuatan keluarga, penggerak kemajuan negara – PM Anwar few seconds ago Malaysia Penglibatan wanita kini keperluan strategik, bukan lagi pilihan – MASA 14 minutes ago Dunia Letupan gegar kedutaan AS di Oslo, tiada kecederaan dilaporkan 30 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Empat maut, 10 cedera dalam serangan Israel ke atas hotel di Beirut 45 minutes ago Hiburan “Salah satu rezeki terbesar dalam hidup…” – Afgan kenang momen bersama Vidi Aldiano 1 hour ago Malaysia Permohonan pendidikan percuma 10,000 penuntut IPTA masih dibuka – Adam Adli 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi masih tiada petunjuk
