Penggodam Iran ceroboh e-mel Pengarah FBI, dedah foto dan dokumen | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina Advertisement Dunia Penggodam Iran ceroboh e-mel Pengarah FBI, dedah foto dan dokumen Agensi 28/03/2026 | 06:15 MYT Penggodam itu menyatakan bahawa Patel kini tersenarai sebagai “mangsa yang berjaya digodam”. – Gambar/ Reuters PENGGODAM yang dikaitkan dengan Iran dilaporkan telah menceroboh peti masuk e‑mel peribadi Pengarah FBI, Kash Patel, sebelum menyebarkan ratusan foto serta dokumen di internet.Kumpulan yang menamakan diri mereka Handala Hack Team mengumumkan kejayaan pencerobohan itu di laman web mereka, lapor Reuters.Advertisement Kumpulan berkenaan memuat naik beberapa gambar peribadi Patel, termasuk ketika beliau menghisap dan menghidu cerut, menaiki kereta antik serta berswafoto sambil memegang botol rum bersaiz besar. Mereka turut menyatakan bahawa Patel kini tersenarai sebagai “mangsa yang berjaya digodam”.FBI mengesahkan e‑mel Patel menjadi sasaran serangan siber berkenaan.Jurucakapnya, Ben Williamson, berkata langkah mitigasi telah diambil dan menegaskan maklumat yang terdedah adalah data lama yang “tidak melibatkan sebarang maklumat kerajaan”. Google selaku pengendali Gmail belum memberikan sebarang respons.Kumpulan Handala, yang menggelarkan diri sebagai penggodam pro-Palestin, dipercayai penyelidik Barat sebagai salah satu identiti yang digunakan unit risikan siber kerajaan Iran. Pada 11 Mac lalu, kumpulan sama mendakwa telah menggodam syarikat peralatan perubatan Stryker dan memadam sejumlah besar pangkalan datanya.Selain gambar Patel, lebih 300 e‑mel turut diterbitkan, melibatkan kandungan peribadi dan kerja antara 2010 hingga 2019. Walaupun Reuters tidak dapat mengesahkan ketulenannya, alamat Gmail yang digodam itu sepadan dengan rekod pendedahan data lampau yang disimpan firma risikan gelap District 4 Labs.Serangan ini berlaku ketika kumpulan penggodam dikaitkan Iran semakin berani menunjukkan operasi mereka sejak AS dan Israel melancarkan serangan ketenteraan terhadap Iran bulan lalu. Handala turut mendakwa telah menerbitkan data peribadi puluhan pekerja syarikat pertahanan Lockheed Martin yang ditempatkan di Asia Barat. Ketua kakitangan syarikat keselamatan siber Israel, Check Point, Gil Messing, berkata tindakan terhadap Patel adalah sebahagian strategi Iran untuk memalukan pegawai AS serta “menjadikan mereka berasa terdedah”. Beliau menyifatkan Iran kini “menggunakan apa sahaja yang mereka ada”.Pencerobohan peti e‑mel peribadi pegawai kanan bukan perkara baharu. Antara insiden terkenal ialah penggodaman akaun John Podesta pada 2016 serta pencerobohan akaun AOL milik bekas Pengarah CIA, John Brennan, pada 2015. Penilaian risikan AS sebelum ini turut menyatakan Iran berkemungkinan melakukan serangan siber berskala rendah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Ayatollah Ali Khamenei. Topic Berkaitan #Perang Iran-Israel 2026 #Konflik Timur Tengah Terkini #Pengarah FBI #iran's hacker Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi few seconds ago Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran 13 minutes ago Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina 33 minutes ago Dunia Harga bahan api ASEAN berbeza susulan tekanan harga minyak global 54 minutes ago Dunia Australia pesan bekalan bahan api kecemasan dari AS buat pertama kali dalam beberapa dekad 1 hour ago Dunia EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Penggodam Iran ceroboh e-mel Pengarah FBI, dedah foto dan dokumen
