Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik

Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik Dunia Bangunan runtuh selepas kebakaran di Glasgow, perkhidmatan tren terjejas Malaysia Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini – Hannah Advertisement Malaysia Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik Bernama 09/03/2026 | 14:00 MYT Tiang Soon Ying ketika hadir di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. – Gambar/ Bernama BUTTERWORTH: Seorang peniaga yang menjalankan perniagaan pertanian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM53,000 kepada seorang individu berkaitan kesalahan di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990.Tiang Soon Ying, 40, didakwa memberikan suapan wang tunai RM10,000 kepada Mohd Ashraf Mohd Yunus, 42, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas premis-premis di sekitar Manjung dan Sitiawan, Perak yang disyaki digunakan untuk melakukan kesalahan di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).Advertisement Kesalahan itu adalah mengganggu, mengambil dan mengguna elektrik termasuk merosakkan pepasangan milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di 20 premisnya manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama dengan memberikan wang tunai berjumlah RM43,000.Dia dituduh melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah hotel di George Town dekat sini pada 3.30 petang, 5 Jan 2021 dan 10.30 malam 15 Sept tahun sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai terlibat atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa SPRM Sharul Aznan Ghazali memohon jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali.Beliau juga memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh agar dijalankan serentak dengan kes lain yang dihadapi Tiang.Peguam Hong Chong Hang yang mewakili tertuduh merayu jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menjaga ibu bapa serta empat anaknya dengan tiga daripadanya masih bersekolah.Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin bagi dua pertuduhan itu berserta syarat tambahan yang dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 18 Mac untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen Ipoh.– BERNAMA  Topic Berkaitan #kes curi elektrik #hotel #Kes Rasuah #SPRM Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Peniaga didakwa beri rasuah RM53,000 berhubung kes ganggu, ambil elektrik 6 minutes ago Dunia Bangunan runtuh selepas kebakaran di Glasgow, perkhidmatan tren terjejas 6 minutes ago Malaysia Kajian kebolehlaksanaan pindaan Akta Ibu Kota dijangka siap hujung bulan ini – Hannah 20 minutes ago Malaysia ‘Ada rencana luar asing cemburu, mahu campur tangan urusan politik negara kita’ – PM 35 minutes ago Malaysia Pemergian Syed Muhammad Naquib al-Attas kehilangan besar dunia keilmuan – KPT 36 minutes ago Bisnes RM2.4 billion bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi suku pertama 2026 45 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *