Perancis umum tingkatkan senjata nuklear, luaskan perlindungan keselamatan ke negara Eropah | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Perancis umum tingkatkan senjata nuklear, luaskan perlindungan keselamatan ke negara Eropah Dunia Lukisan Rembrandt yang hilang 65 tahun muncul semula Dunia Enam tentera AS terbunuh dalam serangan ke atas Iran: CENTCOM Advertisement Dunia Perancis umum tingkatkan senjata nuklear, luaskan perlindungan keselamatan ke negara Eropah Astro AWANI 03/03/2026 | 07:00 MYT Macron ketika memeriksa barisan anggota tentera semasa lawatannya ke pangkalan kapal selam nuklear Ile Longue di Crozon, Perancis. – Foto AP PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan perubahan besar dalam dasar pertahanan nuklear negara itu, termasuk peningkatan jumlah hulu peledak serta peluasan kerjasama keselamatan dengan beberapa negara Eropah.Pengumuman dibuat di pangkalan kapal selam nuklear Ile Longue di Brittany, lokasi armada peluru berpandu balistik milik Perancis.Advertisement Macron menegaskan bahawa landskap keselamatan global kini jauh lebih tidak stabil, dengan ancaman dari Rusia, ketidaktentuan komitmen Amerika Syarikat (AS) terhadap Eropah dan peningkatan kuasa tentera China.Beliau menyifatkan lima dekad akan datang sebagai “era senjata nuklear”, sekali gus memerlukan Perancis mengukuhkan kapasiti penggentarannya.Perancis, yang memiliki kira-kira 300 hulu peledak, bakal meningkatkan jumlah tersebut, langkah pertama seumpamanya dalam beberapa dekad.Namun, angka baharu tidak akan didedahkan sebagai sebahagian daripada pendekatan strategik baharu.Di bawah konsep baharu yang digelar ‘advanced deterrence’ atau penggentaran maju, Macron berkata lapan negara Eropah, termasuk Jerman, United Kingdom, Poland, Belanda, Belgium, Greece, Sweden dan Denmark, akan terlibat dalam kerjasama ini.Negara‑negara ini berpotensi menyertai latihan berkait kemampuan nuklear udara Perancis serta menjadi lokasi penempatan pesawat pengebom strategik Perancis secara sementara.Langkah ini, menurut Macron, membolehkan kekuatan udara strategik Perancis “menyebar ke seluruh benua Eropah” dan menyukarkan percaturan lawan.Poland turut mengesahkan sokongan menerusi kenyataan Perdana Menteri Donald Tusk yang menyifatkan kerjasama tersebut sebagai usaha bersama untuk memastikan musuh “tidak berani menyerang”.Walaupun kerjasama diperluaskan, Macron menegaskan bahawa keputusan melancarkan senjata nuklear kekal hak eksklusif presiden Perancis dan tidak akan dikongsi dengan mana‑mana negara lain, konsisten dengan doktrin sejak era Charles de Gaulle.Selain peningkatan hulu peledak, Perancis merancang pembinaan kapal selam nuklear baharu menjelang 2036 yang dinamakan ‘The Invincible’.Kerjasama Perancis-Jerman juga diumumkan, termasuk latihan bersama serta pembangunan kemampuan pertahanan konvensional baharu.Macron menekankan bahawa strategi ini melengkapkan, bukan menggantikan, peranan NATO dalam penggentaran nuklear. Topic Berkaitan #Emmanuel Macron #senjata nuklear #NATO #Eropah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Bill Clinton disoal mengenai foto tab panas dalam prosiding Epstein 2 minutes ago Dunia Perancis umum tingkatkan senjata nuklear, luaskan perlindungan keselamatan ke negara Eropah 12 minutes ago Dunia Lukisan Rembrandt yang hilang 65 tahun muncul semula 22 minutes ago Dunia Enam tentera AS terbunuh dalam serangan ke atas Iran: CENTCOM 32 minutes ago Dunia Qatar tembak jatuh dua jet pejuang dari Iran: Kementerian Pertahanan 42 minutes ago Dunia Elon Musk akan bayar balik hutang AS$3 bilion lebih awal – Laporan 52 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda CloseAdvertisement: No Ad Tag found LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Perancis umum tingkatkan senjata nuklear, luaskan perlindungan keselamatan ke negara Eropah
