Perang Iran di luar kawalan, konflik mungkin merebak – Setiausaha Agung PBB

Perang Iran di luar kawalan, konflik mungkin merebak – Setiausaha Agung PBB | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik MIC kekal bersama BN manifestasi kesetiaan, kematangan politik – Zambry Dunia Konflik Asia Barat: Parlimen Iran rangka undang-undang tol maritim di Selat Hormuz Dunia Konflik Asia Barat: Singapura, Malaysia perkukuh penyelarasan Advertisement Dunia Perang Iran di luar kawalan, konflik mungkin merebak – Setiausaha Agung PBB Bernama 26/03/2026 | 15:12 MYT Guterres menggesa Iran untuk menamatkan serangan ke atas negara-negara Teluk, dengan alasan bahawa mereka “bukan pihak dalam konflik”. -Gambar fail HAMILTON: Perang Iran sudah melampaui batas dan konflik telah menjadi “tidak terkawal”, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Rabu sambil memberi amaran bahasa dunia berdepan prospek konfrontasi lebih luas, lapor Anadolu Ajansi.”(Berlanjutan) lebih tiga minggu, perang ini tidak terkawal.” Guterres bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di ibu pejabat PBB di New York.Advertisement “Dunia sedang berdepan prospek perang yang lebih luas, gelombang penderitaan manusia yang semakin meningkat dan kejutan ekonomi global yang lebih mendalam,” katanya.  Menyeru supaya aktiviti ketenteraan ditamatkan, Guterres berkata, “Sudah tiba masanya untuk menghentikan serangan dan memulakan usaha diplomatik serta kembali menghormati undang-undang antarabangsa sepenuhnya.”Merujuk kepada pihak-pihak penting yang terlibat dalam perang, beliau berkata, “Mesej saya kepada Amerika Syarikat dan Israel ialah sudah tiba masanya untuk menamatkan perang apabila penderitaan manusia semakin mendalam, korban awam meningkat dan kesan ekonomi global semakin dahsyat.”Guterres menggesa Iran untuk menamatkan serangan ke atas negara-negara Teluk, dengan alasan bahawa mereka “bukan pihak dalam konflik”.Mengetengahkan kesan riak perang ke atas ekonomi, Guterres berkata, “Penutupan berpanjangan Selat (Hormuz) menyekat pergerakan minyak, gas dan baja pada saat genting dalam musim penanaman global.”Trafik penghantaran melalui Selat Hormuz, arteri kritikal untuk perdagangan barangan dan tenaga global, sebahagian besarnya terganggu akibat ketegangan yang memuncak di Teluk berikutan serangan AS dan Israel terhadap Iran dan tindakan balas Tehran.Selat yang menghubungkan Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Iraq dan Iran ke pasaran global itu, mengendalikan kira-kira 25 peratus perdagangan minyak global, kira-kira 20 peratus perdagangan gas asli cecair dan hampir 30 peratus perdagangan baja.Setiausaha PBB mengalihkan perhatiannya ke Lubnan dan berkata, “Israel mesti menghentikan operasi ketenteraan dan serangan di Lubnan, yang paling teruk menyerang orang awam,” sambil menambah, “Model Gaza tidak boleh ditiru di Lubnan.”Dalam usaha untuk meredakan ketegangan, Guterres seterusnya mengumumkan pelantikan Jean Arnault dari Perancis sebagai “utusan peribadinya untuk mengetuai usaha PBB menangani konflik dan kesannya.” — BERNAMA-ANADOLU   Topic Berkaitan #Antonio Guterres #Perang #batas #konflik #Konfrontasi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik MIC kekal bersama BN manifestasi kesetiaan, kematangan politik – Zambry 9 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Parlimen Iran rangka undang-undang tol maritim di Selat Hormuz 19 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Singapura, Malaysia perkukuh penyelarasan 24 minutes ago Malaysia Longgokan barangan kitar semula di Shah Alam terbakar 29 minutes ago Malaysia Bau busuk bawa penemuan mayat tiga sekeluarga di Merbok 39 minutes ago Hiburan Siti Nurhaliza sekali lagi dipilih wakil Spotify EQUAL Malaysia & Singapura 54 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *