Perbelanjaan subsidi diesel susut kepada RM6.2 bilion pada 2025, jimat RM4 bilion – MOF | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Kes rogol belum selesai, anak Puteri Mahkota Norway berdepan pertuduhan baharu Malaysia Wanita ditemui maut berlumuran darah, terdapat kesan kelar pada leher Dunia Konflik Asia Barat: Turkiye gesa redakan ketegangan, pantau risiko serantau dan global Advertisement Malaysia Perbelanjaan subsidi diesel susut kepada RM6.2 bilion pada 2025, jimat RM4 bilion – MOF Bernama 04/03/2026 | 05:15 MYT Penyasaran subsidi diesel turut berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan yang tidak layak. – Gambar hiasan/Astro AWANI KUALA LUMPUR: Perbelanjaan sebenar subsidi diesel berkurang kepada RM6.2 bilion pada 2025 berbanding RM10.1 bilion pada 2024, sekali gus mencatatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion.Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) memaklumkan penjimatan itu dicapai menerusi pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di Semenanjung Malaysia melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0) yang dilaksanakan mulai 10 Jun 2024 hingga 31 Dis, 2025.Advertisement “Penyasaran subsidi diesel ini turut berjaya mengekang ketirisan akibat penyeludupan dan penggunaan oleh sektor perniagaan yang tidak layak, susulan penurunan pembelian diesel runcit di stesen minyak kepada empat bilion liter pada 2025 berbanding tujuh bilion liter pada 2024,” menurut MOF dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.Penjelasan itu dibuat bagi menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui jumlah sebenar penjimatan hasil pelaksanaan rasionalisasi subsidi, termasuk bahan api dan bantuan bersasar, serta kaedah pengagihan semula penjimatan berkenaan kepada rakyat.Menurut kementerian itu, hasil penjimatan subsidi dipulangkan semula kepada golongan yang memerlukan, manakala sebahagiannya disalurkan bagi tujuan pembangunan sosioekonomi dan memperkukuh jaringan perlindungan sosial yang lebih inklusif.Antara inisiatif yang dibiayai termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang mencatatkan peruntukan tertinggi pernah disediakan berbanding RM8 bilion pada 2022, selain Program Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah hampir RM800 juta.Sementara itu, MOF memaklumkan lebih 141,000 syarikat dengan 368,000 kenderaan telah mendapat manfaat daripada Program MySubsidi Diesel melalui SKDS sejak dilancarkan pada Jun 2024 hingga Januari 2026.Bagi bantuan tunai di bawah BUDI Individu dan BUDI Agrikomoditi pula, seramai 344,817 penerima telah menerima agihan berjumlah RM1.05 bilion.Justeru, pengekalan harga diesel bersubsidi bagi kenderaan logistik dan pengangkutan awam disifatkan sebagai langkah strategik bagi memastikan kos rantaian bekalan kekal stabil.MOF turut menjawab pertanyaan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) mengenai impak penyasaran subsidi diesel terhadap kos pengangkutan dan harga makanan, termasuk mekanisme semakan berkala serta pampasan bersasar bagi mengelakkan kenaikan kos dipindahkan kepada pengguna.– BERNAMA Topic Berkaitan #subsidi diesel #Dewan Rakyat #penjimatan #KETIRISAN Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Kes rogol belum selesai, anak Puteri Mahkota Norway berdepan pertuduhan baharu 14 minutes ago Malaysia Wanita ditemui maut berlumuran darah, terdapat kesan kelar pada leher 44 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Turkiye gesa redakan ketegangan, pantau risiko serantau dan global 54 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Iran nafi serang Oman, anggap negara Teluk itu "sahabat" 1 hour ago Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan 1 hour ago Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Perbelanjaan subsidi diesel susut kepada RM6.2 bilion pada 2025, jimat RM4 bilion – MOF
