Petugas kesihatan dikompaun merokok di premis makanan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Prabowo hubungi Anwar, pemimpin negara Islam sempena Aidilfitri, perkukuh hubungan dua hala Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Kementerian Luar Iran tolak dakwaan Trump mengenai rundingan Advertisement Malaysia Petugas kesihatan dikompaun merokok di premis makanan Bernama 23/03/2026 | 20:30 MYT Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan individu yang tular merokok di sebuah premis makanan di Rawang merupakan penjawat awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak. – Foto hiasan PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan individu yang tular merokok di sebuah premis makanan di Rawang merupakan penjawat awam dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak.KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kompaun telah dikenakan terhadap individu berkenaan di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) kerana merokok di tempat makan.Advertisement Menurut kementerian itu, tindakan tatatertib dalaman turut akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) bagi memastikan integriti perkhidmatan awam terus terpelihara.Terdahulu, tular di media sosial dakwaan seorang kakitangan KKM merokok di sebuah restoran di Rawang.KKM menegaskan premis makanan merupakan antara 28 kawasan larangan merokok yang diwartakan bagi melindungi kesihatan awam.“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga kerja yang melanggar undang-undang, dan akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara tegas, adil serta konsisten,” menurut kenyataan itu.Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad merakamkan penghargaan kepada individu yang tampil melaporkan kejadian berkenaan.Beliau menegaskan tiada mana-mana pihak mengatasi undang-undang, termasuk warga KKM sendiri yang seharusnya menjadi contoh teladan kepada masyarakat.“Saya telah mengarahkan tindakan tegas diambil serta-merta. Individu terbabit telah dikenakan kompaun di bawah Akta 852 dan akan berdepan tindakan tatatertib,” katanya menerusi hantaran di akaun rasmi X miliknya.Beliau turut menggesa orang ramai supaya membantu melaporkan kejadian seumpama itu melalui saluran rasmi, termasuk akaun X @KKMPutrajaya, sekiranya berlaku di mana-mana premis larangan merokok.– BERNAMA Topic Berkaitan #petugas kesihatan #kkm #Merokok #kompaun Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Prabowo hubungi Anwar, pemimpin negara Islam sempena Aidilfitri, perkukuh hubungan dua hala 10 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 18 minutes ago Dunia Kementerian Luar Iran tolak dakwaan Trump mengenai rundingan 37 minutes ago Malaysia Aliran trafik lebuh raya utama menghala ibu negara sesak malam ini 1 hour ago Politik Pengasas PKR dakwa Rafizi Ramli menteri paling gagal 1 hour ago Sukan Cabaran menggunung menanti jurulatih hoki baharu kebangsaan 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Petugas kesihatan dikompaun merokok di premis makanan
