PGA serbu premis proses sisa plastik, jumlah rampasan RM2.432 juta | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Bekas CEO Malakoff dan UEM Sunrise, Anwar Syahrin meninggal dunia Teknologi Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI Malaysia MWL lancar pertandingan 'Iman & Sains' sepanjang Ramadan Advertisement Malaysia PGA serbu premis proses sisa plastik, jumlah rampasan RM2.432 juta Bernama 27/02/2026 | 10:40 MYT Premis itu dipercayai beroperasi awal 2025 dan mendapatkan bekalan sisa plastik daripada kilang semikonduktor di kawasan sekitar. – Foto PGA Briged Utara BUKIT MERTAJAM: Polis menyerbu sebuah premis menjalankan pemprosesan sisa plastik tanpa kelulusan pihak berkuasa dan merampas pelbagai mesin serta biji plastik dengan nilai keseluruhan RM2.432 juta di Sungai Lembu di sini pada 24 Feb.Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) SAC Balveer Singh berkata Op Taring Alpha 5 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dijalankan hasil maklumat risikan terhadap premis itu.Advertisement “Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik premis dan pemeriksaan menemukan beberapa mesin mencuci, mesin penyemperit, 120 guni mengandungi plastik belum diproses dan 100 guni berisi bijian plastik siap diproses,” katanya dalam kenyataan hari ini. Balveer Singh berkata premis itu dipercayai beroperasi awal 2025 dan mendapatkan bekalan sisa plastik daripada kilang semikonduktor di kawasan sekitar.Beliau berkata fasiliti dalam premis itu digunakan untuk memproses bahan dan bijian plastik yang telah diproses sebelum dihantar ke kilang berhampiran untuk menghasilkan produk berasaskan plastik. Kes diserahkan kepada JAS Pulau Pinang dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.– BERNAMA Topic Berkaitan #PGA #serbuan #sisa plastik #sungai lembu Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Bekas CEO Malakoff dan UEM Sunrise, Anwar Syahrin meninggal dunia 3 minutes ago Teknologi Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI 7 minutes ago Malaysia MWL lancar pertandingan 'Iman & Sains' sepanjang Ramadan 13 minutes ago Dunia Kumpulan pertama tentera bahagian pasukan penstabil mungkin tiba di Gaza pada April 41 minutes ago Dunia Maduro mohon mahkamah AS batalkan dakwaan terhadapnya 49 minutes ago Malaysia Tiga pegawai PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
PGA serbu premis proses sisa plastik, jumlah rampasan RM2.432 juta
