PKR saman 16 bekas MP, ADUN, tuntut RM160 juta kerana keluar parti | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak Sukan Apa seterusnya untuk FAM selepas keputusan CAS dalam isu pemalsuan dokumen? Dunia WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan Advertisement Politik PKR saman 16 bekas MP, ADUN, tuntut RM160 juta kerana keluar parti Bernama 06/03/2026 | 20:30 MYT Saman atas dakwaan melanggar syarat bon difailkan oleh Fuziah bagi pihak parti (plaintif) dalam dua tindakan berasingan melalui firma guaman Tetuan Messrs Nav & Co di Mahkamah Tinggi. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman terhadap 16 bekas Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menuntut ganti rugi RM10 juta setiap seorang selepas mereka meninggalkan parti itu dua tahun selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 2018.Saman atas dakwaan melanggar syarat bon difailkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Dr. Fuziah Salleh bagi pihak parti (plaintif) dalam dua tindakan berasingan melalui firma guaman Tetuan Messrs Nav & Co di Mahkamah Tinggi di sini, masing-masing pada 19 dan 27 Februari lepas.Advertisement Parti itu menamakan bekas Ahli Parlimen dan ADUN PKR iaitu Baru Bian, Datuk Kamarudin Jaffar, Datuk Mansor Othman, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk R. Santhara Kumar sebagai defendan.Turut dinamakan sebagai defendan ialah Abdul Yunus Jamhari, Datuk Azman Nasrudin, Dr. Afif Bahardin, Chong Fat Full, Daroyah Alwi, Haniza Mohamed Talha, Muhammad Hilman Idham, Muhammad Jailani Khamis, Robert Ling Kui Ee dan Zulkifli Ibrahim.Dalam saman itu, PKR mendakwa bahawa di bawah klausa operatif bon, setiap defendan bersetuju untuk membayar kepada parti RM10 juta dalam tempoh tujuh hari selepas berlakunya mana-mana peristiwa termasuk defendan meletakkan jawatan daripada parti, menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas.Plaintif mendakwa telah melantik setiap defendan sebagai calonnya untuk bertanding dalam PRU14 dan berjaya meraih beberapa kerusi Parlimen dan DUN, seterusnya membentuk Kerajaan Persekutuan serta beberapa kerajaan negeri.”Bagaimanapun, pada 24 Feb 2020, setiap defendan telah berhenti menjadi ahli parti selepas dipilih di bawah panji-panji parti. Mereka juga menzahirkan sokongan kepada gabungan politik selain PKR,” menurut PKR dalam pernyataan tuntutan itu.PKR memaklumkan pada 11 Mac 2020 parti memutuskan untuk menamatkan keahlian setiap defendan berkuat kuasa serta-merta dan satu sijil bertarikh 16 Mac 2020 dikeluarkan bagi mengesahkan bahawa keahlian setiap defendan telah ditamatkan.”Melalui surat bertarikh 28 Julai 2020, PKR telah mengeluarkan tuntutan rasmi kepada setiap defendan bagi pembayaran jumlah tersebut, namun defendan-defendan gagal membayar bon berkenaan,” dakwa PKR, yang turut memaklumkan bahawa bon yang dimeterai merupakan mekanisme untuk melindungi dan mengurangkan risiko kepada parti.Sehubungan itu, PKR menuntut setiap defendan membayar bon berjumlah RM10 juta selain menuntut kos, faedah dan relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Pengurusan kes bagi kedua-dua saman itu ditetapkan pada 17 dan 27 Mac ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #PKR #saman #parti politik #PRU14 Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis siasat video tular MPV ambil bungkusan di restoran mamak 7 minutes ago Sukan Apa seterusnya untuk FAM selepas keputusan CAS dalam isu pemalsuan dokumen? 22 minutes ago Dunia WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan 22 minutes ago Politik PH Johor tubuh Johor hadapi PRN, PRU 37 minutes ago Bisnes BNM: Rizab antarabangsa berjumlah US$128.3 bilion setakat 27 Feb, 2026 52 minutes ago Malaysia Loke gesa tindakan segera isu banjir kilat PLUS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
PKR saman 16 bekas MP, ADUN, tuntut RM160 juta kerana keluar parti
