PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL

PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk Malaysia Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura Dunia PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL Advertisement Dunia PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL Bernama 21/02/2026 | 00:34 MYT Kedua-dua perdana menteri mengadakan pertemuan di Seri Negara, Kuala Lumpur, di mana Anwar turut menghoskan majlis makan malam bagi meraikan lawatan Wong. – Gambar Facebook Lawrence Wong SINGAPURA: Perdana Menteri (PM) Singapura Lawrence Wong menzahirkan penghargaan kepada rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas undangan berbuka puasa semasa lawatan khas beliau ke Malaysia pada Jumaat.”Terima kasih PM Anwar Ibrahim atas undangan untuk menyertai anda berbuka puasa di Kuala Lumpur, bertempat di Seri Negara yang bersejarah,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook rasmi beliau pada Jumaat.Advertisement Wong tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4.05 petang, Jumaat untuk lawatan khas sehari, dan berlepas pulang dari ibu negara  itu pada pukul 11.17 malam.Kedua-dua perdana menteri mengadakan pertemuan di Seri Negara, Kuala Lumpur, di mana Anwar turut menghoskan majlis makan malam bagi meraikan lawatan Wong.”Saya amat menghargai layanan mesra yang diberikan, serta peluang untuk bertukar-tukar pandangan secara terbuka mengenai pelbagai isu.”Mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh barakah kepada anda dan seluruh rakyat Malaysia. Saya menantikan pertemuan kita yang seterusnya,” kata Wong.Sebelum mesyuarat empat mata itu, kedua-dua pemimpin turut melawat beberapa galeri di mercu tanda bersejarah itu, termasuk Ruang Merdeka: Galeri Khazanah.Singapura merupakan jiran terdekat dan rakan kongsi utama Malaysia dalam ASEAN, dengan hubungan erat dan meluas merangkumi pelbagai sektor.Singapura juga merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (US$93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding 2024.– BERNAMA  Topic Berkaitan #Lawatan #Ramadan #Mercu tanda #rakan dagang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk 4 minutes ago Malaysia Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura 3 hours ago Dunia PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL 3 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 4 hours ago Dunia Masjidil Haram terima kunjungan jemaah pada Jumaat pertama Ramadan 4 hours ago Dunia Singapura longgarkan langkah kawalan terhadap wabak virus Nipah susulan situasi kembali stabil 4 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *