Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan

Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Banjir Sabah: Air naik hingga ke paras tingkap – Penduduk Dunia Hong Kong tawar beli unit pangsapuri Wang Fuk Court selepas kebakaran ragut 168 nyawa Dunia Indonesia tidak bayar AS$1 bilion untuk sertai Lembaga Keamanan – Sugiono Advertisement Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan Bernama 21/02/2026 | 16:54 MYT Polis memburu tiga suspek dipercayai menipu dan memukau seorang pesara kerajaan hingga mengakibatkan wanita itu kerugian barang kemas bernilai RM10,000. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Polis memburu tiga suspek dipercayai menipu dan memukau seorang pesara kerajaan hingga mengakibatkan wanita itu kerugian barang kemas bernilai kira-kira RM10,000 di sebuah pasar raya di Jalan Pandan Prima, dekat sini, semalam.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi, mangsa berusia 70 tahun didatangi sepasang suami isteri dan seorang wanita dipercayai warga Indonesia yang berpura-pura meminta bantuan.Advertisement “Suspek mendakwa memiliki tiket loteri bernilai RM300,000 dan meminta bantuan mangsa untuk menebusnya dengan alasan mereka tidak mempunyai kad pengenalan dan menjanjikan imbuhan kepada mangsa.“Suspek wanita warga asing kemudiannya memegang mangsa, menyebabkan warga emas itu seperti dipukau dan bersetuju untuk membantu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Khairul Anuar berkata mangsa dibawa menaiki kereta Proton Waja dan semasa di dalam kenderaan, seorang suspek menyatakan tiket loteri telah ditukar kepada sekeping cek untuk ditunaikan mangsa.Bagaimanapun, suspek meminta wang cagaran sebanyak RM30,000 daripada mangsa sebagai jaminan tidak melarikan diri ketika menunaikan cek itu.“Oleh kerana tidak mempunyai wang tunai, mangsa bertindak menyerahkan seutas rantai dan gelang emas bernilai kira-kira RM10,000 sebagai cagaran.“Mangsa dibawa ke sebuah bank untuk menunaikan cek namun sebaik sahaja wanita itu keluar dari kereta, kesemua suspek melarikan diri,” katanya.Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.– BERNAMA Topic Berkaitan #POLIS #AMPANG JAYA #tipu #pukau #barang kemas #warga emas Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Banjir Sabah: Air naik hingga ke paras tingkap – Penduduk 14 minutes ago Dunia Hong Kong tawar beli unit pangsapuri Wang Fuk Court selepas kebakaran ragut 168 nyawa 24 minutes ago Dunia Indonesia tidak bayar AS$1 bilion untuk sertai Lembaga Keamanan – Sugiono 35 minutes ago Politik Esok penentu siapa Pengerusi PN baharu 51 minutes ago Politik Hamzah masih Ketua Pembangkang? Sidang Parlimen Isnin bakal curi tumpuan 56 minutes ago Malaysia Polis buru tiga suspek tipu, pukau pesara kerajaan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *