Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama Advertisement Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama Bernama 27/02/2026 | 23:42 MYT Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek masih dalam tahanan reman dan kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya. – Gambar fail KUANTAN: Polis telah melengkapkan kertas siasatan bagi kes melibatkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang disyaki menghina Islam. Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek masih dalam tahanan reman dan kertas siasatan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.Advertisement “Jadi, kita menunggu arahan selanjutnya,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM Kontinjen Pahang di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini hari ini. Dalam pada itu, beliau berkata setakat malam ini, pihaknya menerima 28 laporan polis di seluruh negara mengenai kes itu. “Saya mohon kepada masyarakat untuk menunggu tindakan selanjutnya dan pihak polis akan ambil tindakan sewajarnya terhadap kes ini,” katanya, sambil menambah suspek memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan dijalankan. Dua hari lepas, seorang penuntut UMPSA ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.Terdahulu, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut UMPSA itu di media sosial.– BERNAMA Topic Berkaitan #pelajar hina agama #siasatan #Polis Pahang #pelajar UMPSA Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR 2 hours ago Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama 2 hours ago Malaysia HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi 2 hours ago Malaysia KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry 2 hours ago Malaysia APM Terengganu kendali 1,700 kes ular dalam tempoh hampir dua bulan 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama
