Polis tahan pelajar tingkatan lima buli junior guna rokok di Bentong | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR Advertisement Malaysia Polis tahan pelajar tingkatan lima buli junior guna rokok di Bentong 1 13/02/2026 | 20:50 MYT Polis menahan seorang pelajar lelaki tingkatan lima kerana disyaki membuli pelajar tingkatan satu dengan menggunakan puntung rokok di asrama sebuah sekolah di Bentong, Rabu lepas. – Foto hiasan/X/@bernamadotcom KUANTAN: Polis menahan seorang pelajar lelaki tingkatan lima kerana disyaki membuli pelajar tingkatan satu dengan menggunakan puntung rokok di asrama sebuah sekolah di Bentong, Rabu lepas.Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata suspek berumur 17 tahun itu ditahan oleh pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam, selepas keluarga mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.Advertisement “Siasatan awal mendapati kira-kira tengah malam di tandas asrama sekolah berkenaan, mangsa yang merupakan pelajar lelaki dipercayai diarahkan menghisap rokok, namun enggan berbuat demikian sebelum didera menggunakan rokok oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam pada itu, Yahaya berkata mangsa telah memaklumkan kejadian terbabit kepada warden asrama berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan.“Mangsa mengalami kecederaan di dada dan soft tissues injuries. Terdapat kesan lecuran puntung rokok pada badan mangsa,” katanya.Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.– BERNAMA Topic Berkaitan #polis tahan #pelajar tingkatan lima #buli junior #Bentong Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini few seconds ago Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain 4 minutes ago Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR 13 minutes ago Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim 28 minutes ago Bisnes "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung 30 minutes ago Dunia Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti 44 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Polis tahan pelajar tingkatan lima buli junior guna rokok di Bentong
