Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk

Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Mahkamah Agung AS putuskan tarif "timbal balik" Trump tidak berperlembagaan Dunia Hampir 2 juta rakyat berpendidikan tinggi di Jerman berisiko miskin Dunia Dua maut kapal kargo rempuh bot memancing di perairan tengah Jepun Advertisement Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk Bernama 21/02/2026 | 04:10 MYT Hampir dua juta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan akut, termasuk lebih 400,000 yang mengalami kekurangan zat makanan akut teruk di Somalia. – Gambar hiasan/REUTERS GENEVA: Somalia berdepan krisis kelaparan yang semakin meruncing dan berisiko bertukar menjadi kebuluran jika pembiayaan segera tidak diperoleh, menurut amaran Program Makanan Sedunia (WFP) pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi.Dua musim hujan yang tidak berlaku, konflik serta kehilangan tempat tinggal menyebabkan jutaan penduduk mengalami tahap ketakjaminan makanan yang teruk, kata Pengarah Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Kecemasan WFP Ross Smith, kepada wartawan di Geneva.Advertisement Kira-kira 4.4 juta orang, iaitu kira-kira satu perempat daripada populasi negara itu, kini berdepan tahap krisis kelaparan atau lebih buruk, katanya.Menurut Smith, bantuan makanan dan pemakanan yang dapat menyelamatkan nyawa oleh WFP mungkin terpaksa dihentikan “dalam beberapa minggu” sekiranya sumber baharu tidak diperoleh.Hampir dua juta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan akut, termasuk lebih 400,000 yang mengalami kekurangan zat makanan akut teruk. Setengah juta orang pula kehilangan tempat tinggal dalam tempoh lima bulan lepas sahaja, menurut WFP.Kekurangan dana memaksa pengurangan besar dalam bantuan. Ketika ini, WFP membantu kira-kira 640,000 orang, berbanding 2.2 juta setahun lepas, kata Smith, manakala sokongan pemakanan untuk wanita hamil dan kanak-kanak merosot lebih 75 peratus.“Kita kini berada di ambang satu lagi detik penentuan,” kata Smith. “Tanpa tindakan segera, kita mungkin tidak dapat membantu golongan paling terdedah tepat pada masanya, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.”Agensi itu memberi amaran yang Somalia sekali lagi berada pada laluan yang sama seperti krisis kebuluran terdahulu, dengan tanda amaran awal yang jelas menyerupai situasi sebelum kebuluran 2011 dan keadaan hampir kebuluran pada 2022, yang berjaya dielakkan hasil bantuan kemanusiaan.WFP menyatakan ia mempunyai kapasiti operasi untuk bertindak balas, namun memerlukan sokongan kewangan segera bagi mengelakkan bencana.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #Somalia #WFP #krisis kelaparan #kebuluran #program makanan sedunia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Mahkamah Agung AS putuskan tarif "timbal balik" Trump tidak berperlembagaan 3 minutes ago Dunia Hampir 2 juta rakyat berpendidikan tinggi di Jerman berisiko miskin 12 minutes ago Dunia Dua maut kapal kargo rempuh bot memancing di perairan tengah Jepun 32 minutes ago Malaysia Gangguan air Simpang Renggam, Benut tiada kaitan pusat data – Onn Hafiz 48 minutes ago Malaysia Tibi: Melaka tingkat pengawasan 54 minutes ago Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *