Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS – Data Malaysia Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan Advertisement Dunia Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia Astro AWANI 13/04/2026 | 22:30 MYT Putin menegaskan bahawa hubungan Rusia–Indonesia berada pada landasan yang baik dan terus menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa. – Gambar Reuters Presiden Rusia Vladimir Putin menerima kunjungan rasmi Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Istana Kremlin, Moscow pada Isnin dalam usaha memperkukuh hubungan strategik antara kedua-dua negara.Dalam pertemuan tersebut, Putin menegaskan bahawa hubungan Rusia–Indonesia berada pada landasan yang baik dan terus menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa.Advertisement Beliau berkata, pertemuan berkala antara kedua-dua pemimpin mencerminkan hubungan dua hala yang semakin erat serta komitmen untuk memperkukuh kerjasama sedia ada.”Saya berterima kasih atas kesempatan pertemuan ini,” katanya.Dalam pertemuan itu, kedua-dua negara turut menegaskan pelaksanaan deklarasi perkongsian strategik yang telah dimeterai sebelum ini, yang kini sedang diterjemahkan kepada pelbagai bentuk kerjasama praktikal.Jelasnya juga, nilai perdagangan antara Rusia dan Indonesia mencatatkan peningkatan kira-kira 12 peratus pada tahun 2025, meskipun terdapat sedikit penurunan pada awal tahun ini.Beliau bagaimanapun menyatakan keyakinan bahawa prestasi perdagangan tersebut mampu dipertingkatkan semula melalui pelbagai mekanisme kerjasama yang sedang dirangka.Putin turut menegaskan bahawa bidang tenaga, angkasa lepas, pertanian, industri dan farmaseutikal menjadi antara sektor utama yang diberikan tumpuan dalam hubungan dua hala.Selain itu, beliau menekankan kepentingan mekanisme jawatankuasa bersama antara kerajaan dalam memastikan setiap perancangan kerjasama dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.Beliau juga menyatakan harapan agar lawatan rasmi Presiden Indonesia itu dapat membuka ruang lebih luas bagi pengukuhan hubungan strategik pada masa akan datang.“Kami berbesar hati menerima kunjungan ini. Selamat datang,” katanya. Topic Berkaitan #Pertemuan Indonesia-Rusia #perkukuh hubungan dua hala #Pertemuan berkala Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 43 minutes ago Dunia Trafik melalui Selat Hormuz hampir terhenti susulan ancaman sekatan AS – Data 58 minutes ago Malaysia Pemandu langgar lari anggota polis trafik ditahan 58 minutes ago Dunia AS mula sekat kapal keluar masuk pelabuhan Iran 58 minutes ago Malaysia Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah – Ahmad Zahid 1 hour ago Malaysia Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik – Armizan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Putin terima lawatan Prabowo perkukuh kerjasama Rusia-Indonesia
