Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 Advertisement Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 Astro AWANI 23/02/2026 | 06:45 MYT Orang ramai melihat tulang St. Francis semasa pameran umum pertama di dalam Basilika St. Francis, bersempena ulang tahun ke-800 kematian santo itu, di Assisi, Itali. – Foto AP ASSISI: Buat pertama kalinya dalam hampir setengah abad, rangka St Francis of Assisi, santo penaung Itali dan antara tokoh paling dihormati dalam Kristian, kini dipamerkan kepada umum bagi memperingati 800 tahun pemergiannya.Pihak berkuasa Itali berkata kira-kira 400,000 pengunjung dari seluruh dunia telah membuat tempahan untuk melihat sendiri tulang-tulang santo itu di bandar Assisi, di wilayah Umbria.Advertisement Rangka St Francis, yang berasal dari abad ke-13, mula dipamerkan pada Ahad di Basilika St Francis of Assisi, sebuah lokasi yang diiktiraf sebagai tapak warisan rohani dan seni bina penting.Ini merupakan kali kedua dalam sejarah tulang-tulang beliau dipertontonkan kepada umum.Kali pertama adalah pada 1978, hanya untuk sehari dan kepada kumpulan terhad.Pameran kali ini akan berlangsung sehingga 22 Mac.St Francis dilahirkan di Assisi sekitar 1181 atau 1182 sebelum menolak kekayaan keluarganya dan memilih kehidupan zuhud.Beliau kemudian menubuhkan Ordo Fransiskan, satu komuniti yang menekankan kesederhanaan, amal, dan khidmat kepada golongan miskin.Beliau turut dikenali sebagai santo penaung haiwan dan alam sekitar, mencerminkan hubungan mendalamnya dengan alam semula jadi serta kehidupan penuh kesederhanaan.Hari peringatannya, iaitu Hari St Francis, diraikan setiap tahun pada 4 Oktober, tarikh kematiannya pada 1226.Pengaruh spiritual St Francis kekal meluas hingga ke era moden.Pope Francis, yang meninggal dunia tahun lalu selepas lebih sedekad memimpin Gereja Katolik, memilih nama tersebut sebagai penghormatan kepada kesederhanaan dan kerendahan hati santo itu.Pihak gereja tempatan menyifatkan pameran rangka ini sebagai detik sejarah dan peluang unik bagi umat Kristian serta pengunjung global untuk merenung kembali warisan St Francis yang terus memberi inspirasi selama lapan abad. Topic Berkaitan #St Francis #tulang #ulang tahun #santo penaung Itali Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan 3 minutes ago Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek 18 minutes ago Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 33 minutes ago Dunia 'Tidak, terima kasih’: Greenland, Denmark tolak tawaran kapal hospital Trump 48 minutes ago Dunia Ketua kartel dadah paling dikehendaki Mexico, ‘El Mencho’, maut dalam operasi ketenteraan 1 hour ago Malaysia Gempa bumi 6.8 magnitud di perairan Kota Kinabalu, tiada ancaman tsunami – Met Malaysia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800
