Ranking Harimau Malaya jatuh, Cklamovski kekal optimis

Ranking Harimau Malaya jatuh, Cklamovski kekal optimis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus Sukan Ranking Harimau Malaya jatuh, Cklamovski kekal optimis Bisnes Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda Advertisement Sukan Ranking Harimau Malaya jatuh, Cklamovski kekal optimis Bernama 24/03/2026 | 10:30 MYT Pemain skuad Harimau Malaya ketika menjalani sesi latihan menjelang perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan Vietnam di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya sebanyak 14 anak tangga kepada kedudukan ke-135 dunia disifatkan sebagai tamparan hebat kepada ketua jurulatih, Peter Cklamovski.Bagaimanapun, pengendali dari Australia itu menegaskan skuad kendaliannya kekal positif walaupun berdepan kontroversi yang melanda arena bola sepak tanah air, selain percaya usaha untuk menembusi kelompok 100 terbaik dunia masih berada pada landasan tepat.Advertisement Beliau berkata segala perkara yang berada dalam kawalan pasukan telah dilaksanakan dengan baik, termasuk aspek latihan, corak permainan dan analisis taktikal, sambil menyifatkan halangan luar sebagai cabaran sementara yang perlu diharungi.“Sudah tentu, dalam 12 bulan terakhir ini, kami berada pada landasan yang betul. Cara berlatih, cara bermain, cara menganalisis lawan, cara menilai permainan, dan bagaimana kami boleh terus memajukan bola sepak telah dilaksanakan dengan baik.“Perkara di luar padang telah memberikan kesan kepada kami, itu hanyalah satu halangan sementara, tetapi bagi saya setiap kisah yang hebat, pasti ada aspek negatif, dan kami perlu menjadikannya sebagai pengajaran,” katanya ketika ditemui menjelang aksi terakhir Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di sini semalam.Cklamovski berkata soal masa akan menjadi penentu bagi merealisasikan hasrat berkenaan selepas mengambil alih Harimau Malaya pada 2024.Semalam, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengeluarkan kedudukan ranking terbaharu Harimau Malaya yang  jatuh 14 anak tangga dan berada pada kedudukan ke-135 dunia dengan kutipan 1,095.90 mata.Kejatuhan ketara itu berpunca daripada hukuman berat yang dikenakan FIFA berikutan isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan yang tidak sah.Terdahulu, FIFA membatalkan keputusan tiga perlawanan persahabatan menentang Cape Verde, Singapura dan Palestin dengan memberikan kemenangan percuma 0-3 kepada pasukan lawan.Situasi menjadi semakin parah apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) turut mengambil tindakan serupa terhadap dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 ketika menentang Vietnam dan Nepal yang turut menggunakan khidmat pemain terbabit.Keputusan AFC yang mengisytiharkan Malaysia kalah 0-3 dalam perlawanan tersebut bukan sahaja merentap mata ranking negara, malah mengesahkan kegagalan Harimau Malaya untuk melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2027.– BERNAMA   Topic Berkaitan #harimau Malaya #Peter Cklamovski #ranking #Kontroversi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia KPDN Johor siasat kes isi RON95 dalam tong plastik melebihi had di Skudai 2 minutes ago Malaysia Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus 17 minutes ago Sukan Ranking Harimau Malaya jatuh, Cklamovski kekal optimis 32 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda 47 minutes ago Malaysia Dua lelaki maut dalam kemalangan di Batu Kurau 1 hour ago Malaysia Trafik lancar di semua lebuh raya utama pagi ini 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *