Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 Advertisement Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan Astro AWANI 23/02/2026 | 07:15 MYT NYC mengeluarkan larangan perjalanan penuh bermula 9 malam Ahad hingga 12 tengah hari Isnin. – Foto AP NEW YORK: Ribut musim sejuk bersejarah sedang melanda bahagian timur laut Amerika Syarikat (AS), menyebabkan kira-kira 54 juta penduduk berada di bawah amaran ribut salji dan memaksa beberapa negeri mengisytiharkan darurat serta mengenakan larangan perjalanan, termasuk bandar raya New York (NYC).Ribut nor’easter yang diramal sebagai paling kuat dalam hampir sedekad dijangka membawa salji lebat, angin kencang dan banjir pesisir ke kawasan padat penduduk sepanjang pesisir Atlantik dari Ahad hingga Isnin.Advertisement NYC mengeluarkan larangan perjalanan penuh bermula 9 malam Ahad hingga 12 tengah hari Isnin, dengan Datuk Bandar Zohran Mamdani mengumumkan penutupan semua jalan raya, lebuh raya dan jambatan kepada trafik kecuali kenderaan kecemasan. Sekolah-sekolah turut dibatalkan.Beberapa negeri lain turut mengisytiharkan darurat, termasuk:Connecticut, Delaware, New Jersey dan Rhode Island, yang mengenakan sekatan perjalanan sebagai langkah keselamatan.New York, yang turut mengaktifkan kira-kira 100 anggota Pengawal Nasional.Gabenor New York, Kathy Hochul, memberi amaran bahawa ribut ini merupakan sesuatu yang “tidak pernah disaksikan sejak bertahun-tahun” dengan risiko ribut pesisir, pokok tumbang dan gangguan bekalan elektrik.Sementara itu, Gabenor New Jersey Mikie Sherrill turut menghentikan perkhidmatan pengangkutan awam, dengan beliau menyifatkan ribut ini berpotensi menjadi yang terburuk sejak 1996.Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) menjangka antara 46 hingga 60 sentimeter (cm) salji di kawasan metro NYC, dengan beberapa tempat mungkin menerima sehingga 70cm.Suhu juga diramal menjunam ke paras beku.Angin kencang dengan kelajuan 105 hingga 113 km/j dijangka memburukkan lagi keadaan, mewujudkan situasi “whiteout” yang menyukarkan penglihatan dan menjadikan perjalanan hampir mustahil.NWS menyatakan pusat tekanan rendah ribut ini bakal berkembang pesat pada lewat Ahad hingga malam, menjadikan nor’easter ini salah satu yang paling berimpak besar dalam kawasan berpenduduk padat di AS sejak beberapa tahun.Lebih daripada 3,500 penerbangan dibatalkan dan ratusan lagi ditangguhkan pada Ahad sahaja, menurut laman penjejak penerbangan FlightAware.Di Pennsylvania, Gabenor Josh Shapiro menandatangani pengisytiharan bencana untuk memastikan agensi negeri bersedia sepenuhnya dan menggesa penduduk untuk mengelakkan perjalanan tidak perlu.Dalam masa yang sama, negeri-negeri di New England seperti Massachusetts dan Rhode Island turut mengisytiharkan darurat, dengan Boston menutup sekolah bagi menghadapi ancaman ribut salji.Bahagian Maritimes di Kanada, termasuk pantai timur Nova Scotia, dijangka menerima hentaman paling teruk dengan amaran cuaca berwarna jingga dikeluarkan dari pagi Isnin hingga awal Selasa.Ahli meteorologi NWS, Cody Snell, berkata bahawa walaupun ribut nor’easter bukan sesuatu yang luar biasa, namun kejadian sebesar ini meliputi kawasan luas dan sangat padat penduduk tidak berlaku sejak bertahun-tahun, menjadikan ribut kali ini berpotensi bersejarah. Topic Berkaitan #Ribut musim sejuk #salji #darurat #larangan perjalanan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan 3 minutes ago Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek 18 minutes ago Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 32 minutes ago Dunia 'Tidak, terima kasih’: Greenland, Denmark tolak tawaran kapal hospital Trump 48 minutes ago Dunia Ketua kartel dadah paling dikehendaki Mexico, ‘El Mencho’, maut dalam operasi ketenteraan 1 hour ago Malaysia Gempa bumi 6.8 magnitud di perairan Kota Kinabalu, tiada ancaman tsunami – Met Malaysia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan
