Rusia sedia bekal tenaga ke Eropah jika ia tunjuk minat – Putin | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa Advertisement Dunia Rusia sedia bekal tenaga ke Eropah jika ia tunjuk minat – Putin Bernama 10/03/2026 | 21:02 MYT Vladimir Putin berkata Rusia akan terus membekalkan minyak dan gas kepada “rakan niaga yang boleh dipercayai”. – Gambar fail MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin berkata Rusia bersedia membekalkan tenaga kepada negara Eropah sekiranya mereka menunjukkan minat, sambil menyatakan bahawa Moscow kini meningkatkan penghantaran minyak dan gas kepada apa yang disifatkannya sebagai “rakan kongsi yang boleh dipercayai” di beberapa rantau, lapor Anadolu Ajansi.Berucap pada mesyuarat mengenai situasi pasaran minyak dan gas global, Putin berkata Rusia akan terus membekalkan minyak dan gas kepada “rakan niaga yang boleh dipercayai”.Advertisement “Saya merujuk bukan sahaja kepada rakan kongsi kami di rantau Asia-Pasifik, tetapi juga kepada negara di Eropah Timur seperti Slovakia dan Hungary,” katanya sambil menjelaskan yang Moscow meningkatkan penghantaran kepada rakan kongsi itu di beberapa rantau dunia.Putin berkata Kesatuan Eropah merancang memperkenalkan sekatan tambahan terhadap pembelian hidrokarbon Rusia, termasuk gas asli cecair (LNG), dengan larangan penuh terhadap bekalan itu dijangka menjelang 2027, sekali gus berpotensi menghentikan bekalan tenaga Rusia.“Daripada menunggu pintu ditutup ke atas kami, lebih baik kami bertindak sekarang, mengalihkan jumlah bekalan ini dari pasaran Eropah ke destinasi yang lebih menarik dan yang paling penting, mengukuhkan kedudukan di sana,” katanya.Namun begitu, beliau menegaskan Moscow masih terbuka untuk bekerjasama dengan negara Eropah dalam bekalan tenaga, dengan menegaskan yang kerjasama itu bergantung kepada isyarat daripada ibu negara Eropah tentang kesediaan mereka untuk bekerjasama tanpa dipengaruhi pertimbangan politik.“Jika syarikat Eropah dan pembeli di Eropah memutuskan untuk menjalin kerjasama jangka panjang yang mampan tanpa pertimbangan politik, silakan. Kami tidak pernah menolak dan sedia bekerjasama dengan pihak Eropah,” katanya.Presiden Rusia itu turut berkata harga minyak global meningkat mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, naik lebih 30 peratus. Beliau menegaskan Moscow sebelum ini memberi amaran bahawa cubaan menggugat kestabilan Asia Barat akan menjejaskan sektor bahan api dan tenaga global.Putin berkata masalah logistik di laluan pengangkutan hidrokarbon kini mengganggu rantaian pengeluaran global dan mendorong inflasi, sambil menyatakan kira-kira satu pertiga eksport minyak dunia melalui laut melalui Selat Hormuz, yang kini disifatkannya “hampir ditutup sepenuhnya”.“Pengeluaran minyak yang bergantung kepada selat itu berisiko terhenti sepenuhnya dalam tempoh sebulan akan datang. Ia sudah mula menurun dan kemudahan penyimpanan di rantau itu semakin penuh dengan minyak yang tidak dapat dihantar keluar atau amat sukar serta mahal untuk dihantar,” katanya.Beliau berkata harga gas juga meningkat, malah lebih pantas berbanding harga minyak, susulan penurunan bekalan gas asli cecair dari Asia Barat.Putin berkata persaingan dalam kalangan pembeli untuk mendapatkan bekalan tenaga yang stabil semakin sengit dalam keadaan semasa, sambil menjelaskan yang syarikat tenaga Rusia telah lama dikenali sebagai pembekal yang boleh dipercayai dan stabil.Pengeluar minyak Arab Teluk pula mengurangkan pengeluaran apabila minyak mentah semakin terkumpul di kemudahan penyimpanan berikutan penutupan Selat Hormuz.Kapal tangki minyak kebanyakannya mengelakkan laluan sempit itu susulan serangan berterusan oleh Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, serta kebimbangan yang Tehran mungkin menyasarkan kapal yang melalui laluan itu.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #rusia #tenaga #bekalan #Eropah #Vladimir Putin Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 49 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 1 hour ago Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa 1 hour ago Dunia Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR 1 hour ago Malaysia Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS 1 hour ago Malaysia Kerajaan kekalkan dasar sedia ada, teliti kesan konflik geopolitik terhadap ekonomi 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Rusia sedia bekal tenaga ke Eropah jika ia tunjuk minat – Putin
