Sambutan Tahun Baharu Cina serlah semangat kebersamaan rakyat Malaysia

Sambutan Tahun Baharu Cina serlah semangat kebersamaan rakyat Malaysia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun Advertisement Malaysia Sambutan Tahun Baharu Cina serlah semangat kebersamaan rakyat Malaysia BERNAMA 17/02/2026 | 20:25 MYT Anwar hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA 2026 di Wisma MCA hari ini. Turut hadir Ahmad Zahid, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon. – Gambar Bernama KUALA LUMPUR: Sambutan Tahun Baharu Cina yang diraikan pelbagai kaum di negara ini menyerlahkan semangat perpaduan, keharmonian serta kebersamaan yang wujud sejak sekian lama. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sekali lagi menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di Wisma MCA yang menghimpunkan masyarakat pelbagai kaum dalam suasana penuh kemesraan.Advertisement Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Hidangan tradisi, persembahan budaya dan keakraban sahabat daripada pelbagai latar belakang benar-benar menggambarkan wajah Malaysia yang berbeza budaya, namun berkongsi rasa hormat, kegembiraan dan semangat kekitaan yang sama,” katanya menerusi catatan Facebook.Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata amalan berkunjung ke rumah rakan-rakan pada hari pertama Tahun Baharu Cina bukan sekadar memenuhi undangan, tetapi sebagai tanda menghargai persahabatan dan memelihara silaturahim yang telah lama terjalin.”Bagi saya, kunjungan ini bukan hanya tentang juadah dan kemeriahan, tetapi tentang duduk semeja, bertanya khabar, berkongsi cerita dan mengeratkan lagi hubungan yang mungkin jarang-jarang bertemu dek kesibukan tugas. “Dalam suasana penuh warna merah dan senyuman, terasa indahnya kepelbagaian yang menyatukan kita semua sebagai satu keluarga besar di Sarawak,” katanya. Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kepelbagaian budaya menjadi kekuatan negara serta menggalakkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga kementerian dan rakyat sempena musim perayaan.Beliau turut menyediakan 1,000 kotak limau mandarin kepada warga kementerian sebagai tanda penghargaan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali pula meluangkan masa menziarahi seorang tokoh yang telah dikenali sejak zaman persekolahan di Papar, Sabah, iaitu Aunty Lu Wong Siew, seorang pengusaha salun rambut.Armizan berkongsi bahawa Lu yang berusia 87 tahun itu sering menggunting rambut beliau di kedai berkenaan dan turut menyediakan solekan untuk arwah ibunya ketika majlis perkahwinan.Beliau turut mengingatkan rakyat supaya mengambil inspirasi daripada Tahun Kuda Api dalam kalendar Cina 2026, iaitu kuda melambangkan ketangkasan dan keberanian, manakala api melambangkan semangat yang membara untuk memacu ketangkasan dan semangat dalam budaya kerja serta pembangunan tanah air.“Yang paling penting juga, sama-sama kita jaga dan pelihara keamanan, kemakmuran dan perpaduan semasa kita. Khusus untuk masyarakat Tionghua di seluruh negara, khususnya ‘PAPARian’, saya seisi keluarga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina,” katanya.Sementara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata sambutan Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan, tetapi juga peluang untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat dan memupuk semangat kebersamaan.”Saya kira Tahun Baharu Cina bukan satu perayaan semata-mata tetapi jambatan yang merapatkan hubungan kita bersama-sama. Dalam waktu yang sama, kita mahu memberikan ruang kepada diri kita untuk memperbaiki dan memperkukuh silaturahim dan menyemai semangat kebersamaan,” kata beliau.Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek turut menyampaikan ucapan ringkas kepada rakyat dengan harapan supaya semangat kebersamaan terus diperkukuh.– BERNAMA  Topic Berkaitan #masyarakat majmuk #Tahun Baharu Cina #perpaduan #keharmonian Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 39 minutes ago Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang 54 minutes ago Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun 1 hour ago Politik Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis 1 hour ago Dunia Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun 2 hours ago Malaysia Saudara baharu terus raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga, harmoni jadi teras 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *