Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Gagasan 'Rumah Bangsa' bantu pulihkan perpecahan politik Melayu – Pemuda UMNO Johor Malaysia Demi peminat, Nourul terbuka duet dengan Ajai Dunia Konflik Asia Barat: Arab Saudi pintas 4 dron menuju medan minyak Advertisement Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ Sinar Harian 07/03/2026 | 11:00 MYT Ahmad Samsuri berharap semua pihak tidak membuat spekulasi atau mengaitkan namanya dengan perkara yang tidak berlaku. – Foto fail/BERNAMA SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan beliau terlibat dalam sebarang pertemuan di Bangkok yang didakwa sesetengah pihak sebagai ‘Langkah Bangkok’.Ahmad Samsuri berkata, beliau tidak terlibat dalam apa jua pertemuan yang dikaitkan dengan perkara berkenaan seperti yang dilaporkan.Advertisement Menurutnya, sebarang pertemuan atau perbincangan yang dirujuk sebagai ‘Langkah Bangkok’ tidak melibatkan dirinya dan tiada kaitan dengan beliau.“Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh beberapa pihak tertentu, saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam apa jua pertemuan di Bangkok yang dirujuk oleh setengah pihak sebagai ‘Langkah Bangkok’ seperti yang dilaporkan.“Sebarang pertemuan atau perbincangan yang dikaitkan dengan perkara tersebut adalah tidak melibatkan saya dan tiada kena mengena dengan saya,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Jumaat malam.Beliau pada masa sama berharap semua pihak tidak membuat spekulasi atau mengaitkan namanya dengan perkara yang tidak berlaku.“Saya berharap semua pihak tidak membuat spekulasi atau mengaitkan nama saya dengan perkara yang tidak berlaku,” ujarnya.Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan pernah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pada tahun lalu bagi membincangkan isu penyatuan parti Melayu dan Islam.Menurut laporan media, beberapa sumber daripada parti politik memaklumkan, selain Hamzah, Ahmad Zahid juga dikatakan bertemu dengan Ahmad Samsuri, dan Timbalan Setiausaha Agung PN merangkap Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.Pertemuan itu dipercayai berlangsung pada awal Disember tahun lalu sewaktu Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, melakukan lawatan kerja ke Bangkok, Thailand.Menurut laporan dan sumber terbabit, semua pemimpin yang hadir dilaporkan menyokong hasrat penyatuan parti Melayu dan Islam serta membincangkan usaha-usaha awal untuk merealisasikan idea tersebut.Susulan pertemuan itu, pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang diadakan pada Januari lalu, Ahmad Zahid menyatakan hasrat parti untuk menyatukan semua parti Melayu dan Islam melalui gabungan berskala besar, dikenali sebagai ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’.Beliau menegaskan bahawa langkah itu bukan bertujuan menggugat Kerajaan Perpaduan dan tiada keperluan bagi mana-mana parti yang terlibat untuk membubarkan diri; sebaliknya, penyertaan dilakukan secara tidak rasmi sebagai permulaan.Berikutan itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilaporkan mendakwa bekas Timbalan Presidennya itu merancang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri melalui pembentukan gabungan bersama parti lain.Muhyiddin turut mengesahkan berlaku pertemuan Hamzah dengan Ahmad Zahid sebelum ini, yang dikaitkan dengan apa yang digelar sebagai ‘Bangkok Move’.Dalam konteks itu, Ahmad Samsuri menegaskan beliau tidak terlibat sama sekali dalam sebarang pertemuan di Bangkok seperti yang didakwa, sekali gus menafikan sebarang kaitan dengan langkah yang dimaksudkan. – Sinar Harian Topic Berkaitan #Ahmad Samsuri Mokhtar #Langkah Bangkok #Muhyiddin Yassin #Ahmad Zahid Hamidi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik Gagasan 'Rumah Bangsa' bantu pulihkan perpecahan politik Melayu – Pemuda UMNO Johor 12 minutes ago Malaysia Demi peminat, Nourul terbuka duet dengan Ajai 32 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Arab Saudi pintas 4 dron menuju medan minyak 42 minutes ago Malaysia Penguatkuasaan teks al-Quran rekod nilai hampir RM2 juta tahun lalu – Saifuddin Nasution 52 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Israel terus diserang peluru berpandu dari Iran 1 hour ago Politik Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’ 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Samsuri nafi terlibat ‘Langkah Bangkok’
