"Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian

"Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Caj tukar duit raya jatuh haram jika pertukaran libatkan tambahan nilai – Mufti WP Dunia "Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 Advertisement Dunia "Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian Astro AWANI 20/03/2026 | 08:00 MYT Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, muncul dalam satu sidang bersama media asing dengan menepis dakwaan yang mendakwa beliau telah terbunuh. – Gambar Reuters JERUSALEM: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, muncul dalam satu sidang bersama media asing pada Khamis dengan menepis dakwaan yang mendakwa beliau telah terbunuh, sebelum memberikan perkembangan terkini mengenai operasi ketenteraan Israel terhadap Iran.Netanyahu membuka sesi berkenaan dengan kenyataan bersifat sinis: “Saya masih hidup dan anda semua menjadi saksi.” Advertisement Beliau turut menjelaskan, dakwaan mengenai kematiannya hanyalah berita palsu sebelum memulakan taklimat mengenai Operasi Roaring Lion. Menurut laporan media antarabangsa, operasi itu merupakan sebahagian daripada tindakan ketenteraan Israel yang lebih luas untuk melemahkan kemampuan Iran, termasuk infrastruktur pertahanan dan keupayaan peluru berpandu serta dron negara itu. Netanyahu juga mendakwa, operasi tersebut telah memberikan “keberhasilan besar” dalam merosakkan aset dan keupayaan ketenteraan Iran.Dalam masa sama, Perdana Menteri Israel itu turut menjelaskan, Israel beroperasi dengan sokongan kukuh Amerika Syarikat (AS), sambil menekankan hubungan strategik yang diperkukuh di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump. Netanyahu turut menyatakan bahawa beberapa serangan dilakukan secara berdikari, manakala sebahagian lain melibatkan penyelarasan dengan Washington. Dalam masa sama, Netanyahu mendakwa, terdapat “tanda-tanda jelas” bahawa kepimpinan Iran kini berada dalam keadaan semakin lemah, susulan siri serangan bertumpu yang dilancarkan Israel sejak bermulanya konflik. Kenyataan tersebut muncul selepas beberapa hari laporan dan spekulasi tular di media sosial yang mendakwa Netanyahu terkorban dalam serangan balas Iran.Operasi Roaring Lion dijangka berlanjutan dalam beberapa hari akan datang, dengan Israel menyasarkan apa yang digambarkan sebagai infrastruktur utama yang digunakan oleh Iran dalam program ketenteraannya. – Agensi  Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #Netanyahu masih hidup #Amerika serang Iran #nuklear Iran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Caj tukar duit raya jatuh haram jika pertukaran libatkan tambahan nilai – Mufti WP 32 minutes ago Dunia "Saya masih hidup…" – Benjamin Netanyahu jawab spekulasi kematian 1 hour ago Dunia FIFA jangka pendapatan AS$14 bilion bagi kitaran 2027–2030 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Presiden Iran beri amaran, pencerobohan AS terhadap Iran bakal runtuhkan sistem perundangan dunia 1 hour ago Malaysia Remaja pecah gegendang telinga, patah hidung akibat mercun bola 2 hours ago Bisnes Anak syarikat Eonmetall cadang jual tanah di Klang berharga RM273.28 juta 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *