Seedance 2.0 mula disekat daripada jana video langgar hak cipta selepas kecaman global

Seedance 2.0 mula disekat daripada jana video langgar hak cipta selepas kecaman global | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu Malaysia Lelaki maut tercampak, MPV terbakar selepas terbabas langgar pokok Malaysia Program Jelajah Ramadan 2026, wadah penyatuan masyarakat – Fahmi Advertisement Teknologi Seedance 2.0 mula disekat daripada jana video langgar hak cipta selepas kecaman global Amanz 16/02/2026 | 11:30 MYT Seedance 2.0 menjadi tular apabila pengguna mula berkongsi klip realistik yang dihasilkan menerusi prompt ringkas. -Foto Amanz BYTEDANCE mengambil langkah menyekat kemampuan AI video generatif Seedance 2.0 daripada menjana kandungan yang melanggar harta intelek, hanya beberapa hari selepas ia tular dan mencetuskan kecaman daripada studio Hollywood, kesatuan pekerja serta kerajaan Jepun.Langkah itu diambil susulan aduan bahawa Seedance 2.0 membenarkan penciptaan video menggunakan pelbagai watak milik syarikat hiburan dunia tanpa kebenaran.Advertisement Seedance 2.0 menjadi tular apabila pengguna mula berkongsi klip realistik memaparkan selebriti seperti Tom Cruise dan Brad Pitt bertarung, serta watak seperti Spider-Man, Darth Vader, Ultraman dan Detective Conan muncul dalam adegan baharu yang dihasilkan menerusi prompt ringkas.Fenomena itu mencetuskan kebimbangan serius dalam industri hiburan, dan mendorong tindakan pantas daripada badan seperti Motion Picture Association (MPA) yang menuntut ByteDance menghentikan segera aktiviti pelanggaran hak cipta tersebut.SAG-AFTRA turut menggambarkan penggunaan suara dan rupa ahli mereka oleh Seedance 2.0 sebagai pencerobohan terang-terangan.Disney pula menjadi antara syarikat pertama bertindak tegas apabila menghantar surat cease-and-desist kepada ByteDance, menuduh syarikat China itu menggunakan pustaka watak miliknya — termasuk Star Wars, Marvel dan Pixar — seolah-olah ia bahan awam percuma.Menurut laporan awal oleh Deadline dan Axios, Disney menegaskan bahawa Seedance 2.0 mengandungi pustaka cetak rompak aset miliknya dan memberi amaran mengenai tindakan lanjut jika penggunaan tanpa izin itu berterusan.Reaksi antarabangsa tidak terhenti di Hollywood. Kabinet Jepun turut memulakan siasatan rasmi terhadap ByteDance selepas munculnya video AI menggunakan watak manga dan anime popular.Menteri AI Jepun, Kimi Onoda, menegaskan negara itu tidak boleh berdiam diri apabila kandungan digunakan tanpa kebenaran pemilik hak.ByteDance melalui anak syarikat Jepunnya memaklumkan bahawa mereka sedang mengambil tindakan susulan isu tersebut.Mengulas perkembangan itu, ByteDance berkata mereka menghormati hak harta intelek dan kini sedang memperketatkan sistem perlindungan dalam Seedance 2.0 bagi menghalang penyalahgunaan, sama seperti langkah yang diambil OpenAI selepas Sora dikritik pada 2025 kerana kebolehan menjana kandungan IP tanpa kebenaran.Bagaimanapun, tidak seperti OpenAI yang kemudian menandatangani perjanjian pelesenan bernilai AS$1 bilion dengan Disney, ByteDance setakat ini belum mengumumkan sebarang perjanjian pelesenan rasmi bagi Seedance 2.0.Seedance 2.0 ketika ini hanya boleh diakses melalui aplikasi Doubao dan Dreamina di China.Masih belum dapat dipastikan sama ada versi global akan dikemas kini dengan ciri sekatan baharu atau pelesenan rasmi jika dilancarkan kelak. -Amanz Topic Berkaitan #Seedance 2.0 #ByteDance #penjana video AI #isu hak cipta #Disney #SAG-AFTRA #MPA #Doubao #Dreamina #deepfake AI Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu few seconds ago Malaysia Lelaki maut tercampak, MPV terbakar selepas terbabas langgar pokok 2 minutes ago Malaysia Program Jelajah Ramadan 2026, wadah penyatuan masyarakat – Fahmi 20 minutes ago Malaysia Op E‑Cig Mega: Polis rampas rokok elektronik bernilai RM8.87 juta 40 minutes ago Bisnes Arora Beauty Spa perluas penjagaan kulit wajah holistik berasaskan analisis dan sains 43 minutes ago Malaysia Mindef runding pembekuan dana ATM, operasi kekal terjamin – Khaled 47 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *