Siasatan nahas masih berjalan, henti sebar spekulasi – Polis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Malaysia Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol belum ditemukan Dunia Beberapa individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul – Media Malaysia Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan Advertisement Malaysia Siasatan nahas masih berjalan, henti sebar spekulasi – Polis Bernama 22/03/2026 | 19:00 MYT Dalam nahas membabitkan dua kenderaan kira-kira 4.30 petang Jumaat itu, anak kepada editor kanan Astro Awani Husna Yusop, iaitu Mursyid Azmi, 25, disahkan meninggal dunia. – Gambar fail KOTA BHARU: Kes kemalangan maut di KM85.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli (Kampung Rahmat, Bukit Bunga), Tanah Merah, Jumaat lepas yang membabitkan kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan sebuah kereta masih dalam siasatan polis secara menyeluruh.Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata siasatan melibatkan pelbagai aspek termasuk keterangan saksi, analisis forensik dan penelitian teknikal di lokasi kejadian. Advertisement Beliau berkata sehubungan itu, orang ramai diminta agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta mengelirukan masyarakat memandangkan terdapat pelbagai reaksi serta perbincangan umum, khususnya di media sosial berhubung kemalangan tersebut.“Pihak polis juga memandang serius penularan tangkap layar yang dikaitkan dengan kejadian ini. Hasil semakan mendapati tangkap layar tersebut tidak berlaku di Tanah Merah dan tidak berkaitan dengan tarikh kejadian sebenar, sekali gus menjadikannya tidak relevan serta mengelirukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Haki berkata selain itu, dakwaan bahawa pihak polis membuat kesimpulan tanpa asas juga adalah tidak benar ketika mengeluarkan kenyataan media bertarikh 21 Mac. “Kenyataan awal yang dikeluarkan semalam adalah berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian termasuk keterangan saksi serta penemuan fizikal dan bukan muktamad serta masih tertakluk kepada siasatan lanjut,” katanya.Beliau berkata tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu antaranya di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 499, 500 dan 505 Kanun Keseksaan. “Orang ramai juga diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dengan adil. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan diminta hadir ke Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah atau menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.Semalam, Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah menafikan dakwaan kenderaan jabatan sebagai punca kemalangan terbabit seperti yang tular di media sosial.Dalam nahas membabitkan dua kenderaan kira-kira 4.30 petang Jumaat itu, anak kepada editor kanan Astro Awani Husna Yusop, iaitu Mursyid Azmi, 25, disahkan meninggal dunia.Mohd Haki dalam kenyataan 21 Mac berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kenderaan JPJ sedang menjalankan rondaan dari arah Bukit Bunga menuju ke Jeli dan setibanya di lokasi, kereta Perodua Myvi dipandu mangsa datang dari arah bertentangan dipercayai telah memasuki laluan kenderaan jabatan itu secara tiba-tiba, menyebabkan perlanggaran tidak dapat dielakkan.– BERNAMA Topic Berkaitan #JPJ #POLIS #nafi #kemalangan #MAUT #Tanah Merah #Astro AWANI Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Penyelam dikhuatiri hilang di Pulau Tenggol belum ditemukan 12 minutes ago Dunia Beberapa individu terperangkap dalam insiden bangunan runtuh di tengah Istanbul – Media 24 minutes ago Malaysia Remaja lemas ketika mandi sungai bersama rakan 1 hour ago Malaysia 200 warga asing diperiksa menerusi Ops 'Omnipresent' – JIM Selangor 2 hours ago Dunia Iran dakwa sistem pertahanan udaranya tembak jatuh jet pejuang F-15 2 hours ago Dunia Konflik Asia Barat: UK tidak akan diheret ke kancah perang AS-Israel terhadap Iran 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Siasatan nahas masih berjalan, henti sebar spekulasi – Polis
