Speaker Dewan Rakyat tolak bahas isu pegangan saham Azam Baki | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal Advertisement Malaysia Speaker Dewan Rakyat tolak bahas isu pegangan saham Azam Baki Astro AWANI 23/02/2026 | 18:25 MYT Johari memaklumkan telah menerima usul itu pada 12 Februari, namun satu jawatankuasa siasatan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut. – Foto Bernama KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul Ahli Parlimen Bukit Jelutong, Ramkarpal Singh untuk membahaskan isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Dewan Rakyat.Beliau memaklumkan telah menerima usul itu pada 12 Februari, namun satu jawatankuasa siasatan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat perkara tersebut.Advertisement “Saya telah sahkan menerima usul Yang Berhormat (YB) yang dikemukakan pada 12 Februari 2026. Setelah membuat semakan, saya difahamkan satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat secara terperinci mengenai isu itu.“Oleh kerana jawatankuasa itu telah ditubuhkan dan siasatan sedang dilaksanakan, maka usul YB terpaksa saya tolak,” katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.Johari berkata, adalah lebih baik membenarkan jawatankuasa berkenaan menjalankan siasatan dan tidak menolak kemungkinan membahaskannya apabila keputusan sudah diperoleh.Terdahulu, Ramkarpal membangkitkan Peraturan Mesyuarat 18(1), yang membenarkan seorang bukan menteri memohon kebenaran untuk membangkitkan perkara berkepentingan awam yang mendesak dengan membacakan usul yang diluluskan oleh Speaker. Topic Berkaitan #Dewan Rakyat #Johari Abdul #Azam Baki #pegangan saham Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum few seconds ago Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas 2 minutes ago Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal 17 minutes ago Malaysia Mahkamah tolak permohonan Ahmad Dusuki dapatkan kembali tauliah mengajar 1 hour ago Malaysia Polis kesan suspek pecah cermin kereta Teresa Kok 1 hour ago Bisnes Bursa Malaysia ditutup tinggi, teruskan momentum meningkat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Speaker Dewan Rakyat tolak bahas isu pegangan saham Azam Baki
