Spesies Asing Invasif di Malaysia

Spesies Asing Invasif di Malaysia – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Friday, March 20, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Spesies Asing Invasif di Malaysia Spesies Asing Invasif di Malaysia by Editor 15/03/2026 in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa 0 0 0 Penulis: Dr. Nur Hasyimah Ramli1 & Dr. Syazuani Mohd Shariff1 1Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Biologi,Fakulti Sains Gunaan, UiTM cawangan Negeri Sembilan Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kepelbagaian biologinya. Hal ini kerana, negara ini memiliki kawasan hutan hujan tropika yang luas serta pelbagai ekosistem semula jadi yang menyokong kehidupan flora dan fauna. Ekosistem tersebut merangkumi hutan, sungai, tasik dan paya yang menjadi habitat kepada pelbagai spesies organisma. Keadaan ini menjadikan Malaysia antara 17 negara yang mempunyai kepelbagaian biologi yang tinggi di dunia. Selain menyumbang kepada kestabilan alam sekitar, sumber semula jadi ini juga memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara melalui sektor perhutanan, pelancongan dan perikanan. Antara kawasan hutan yang terkenal di Malaysia termasuk Hutan Simpan Belum-Temengor di Perak, Hutan Simpan Bukit Nanas di Kuala Lumpur, Hutan Simpan Ayer Hitam di Selangor serta Hutan Simpan Endau-Rompin di Johor dan Pahang. Di wilayah Borneo pula terdapat Hutan Simpan Kabili-Sepilok di Sabah serta Hutan Simpan Lanjak Entimau di Sarawak. Di samping itu, Malaysia juga mempunyai pelbagai ekosistem akuatik yang penting seperti sungai, tasik dan kolam. Ekosistem ini bukan sahaja menjadi sumber air kepada manusia, malah turut menjadi habitat kepada pelbagai organisma akuatik termasuk spesies ikan tempatan. Antara sungai utama di Malaysia ialah Sungai Rajang di Sarawak, Sungai Pahang di Pahang dan Sungai Muar di Negeri Sembilan, manakala tasik seperti Tasik Chini di Pahang dan Tasik Bakun di Sarawak juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keseimbangan ekologi. Walau bagaimanapun, di sebalik kekayaan biodiversiti ini, kewujudan spesies asing invasif semakin menjadi ancaman kepada kestabilan ekosistem semula jadi di Malaysia. Spesies Asing Invasif dan Cara Pengenalannya Secara umumnya, spesies asing invasif merujuk kepada tumbuhan, haiwan, atau organisma lain yang diperkenalkan ke kawasan di luar taburan asalnya. Ia berpotensi memberi kesan negatif terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesihatan manusia. Menurut Convention on Biological Diversity (CBD), spesies ini boleh menjejaskan kestabilan ekosistem kerana keupayaannya menyesuaikan diri dengan cepat sekaligus mendominasi habitat tersebut. Kemasukan spesies ini ke habitat yang baru, lazimnya berkait rapat dengan aktiviti manusia. Sebagai contoh,  pelepasan ikan hiasan ke perairan semula jadi, aktiviti akuakultur yang tidak terkawal serta pemindahan spesies untuk tujuan komersial, pertanian atau landskap. Terdapat beberapa spesies ikan diperkenalkan sebagai ikan akuarium atau untuk tujuan penternakan kerana mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Begitu juga dengan tumbuhan tertentu yang dibawa masuk bagi tujuan landskap atau ekonomi. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada kawalan dan pemantauan yang berkesan, spesies yang diperkenalkan ini boleh tersebar dengan cepat ke pelbagai habitat seperti hutan, kawasan bandar dan ekosistem akuatik. Tambahan pula, kebanyakan spesies invasif mempunyai kadar pembiakan yang tinggi serta keupayaan menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan persekitaran. Oleh itu, spesies ini berpotensi membentuk populasi yang besar dalam tempoh masa yang singkat dan seterusnya menjejaskan spesies tempatan. Sehubungan dengan itu, pelbagai kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti taburan spesies asing invasif di Malaysia. Kajian-kajian ini penting bagi memahami pola penyebaran spesies tersebut serta menilai kesannya terhadap ekosistem daratan dan akuatik. Rajah 1: Spesies asing Invasif Utama – Sektor Pertanian dan Perhutanan Sumber-https://www.mybis.gov.my/pb/6775 Taburan Spesies Asing Invasif di Ekosistem Daratan Kajian berkaitan tumbuhan invasif di Malaysia menunjukkan bahawa pelbagai spesies tumbuhan asing telah berjaya menyesuaikan diri dalam ekosistem tempatan. Sebagai contoh, sebanyak 69 spesies tumbuhan invasif telah direkodkan di Taman Kinabalu, Sabah. Antara spesies yang dikenal pasti termasuk Hypochaeris radicata (telinga kucing), Plantago major (daun senduk) dan Crassocephalum crepidioides (sintrong). Selain itu, spesies Miconia crenata yang dikenali sebagai senduduk bulu turut ditemui di kawasan kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Kehadiran spesies ini menunjukkan bahawa tumbuhan invasif bukan sahaja tersebar di kawasan hutan semula jadi, malah juga boleh ditemui di kawasan pembangunan manusia seperti kampus universiti dan kawasan bandar. Plantago major (Daun Senduk) Plantago major berasal dari kawasan Eropah serta Asia Utara dan Asia Tengah, namun kini telah tersebar secara meluas ke seluruh dunia. Tumbuhan herba ini terkenal dalam perubatan tradisional kerana mengandungi pelbagai sebatian bioaktif yang mempunyai potensi terapeutik. Walaupun mempunyai nilai perubatan, tumbuhan ini berupaya menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan persekitaran menjadikannya mudah merebak dan berpotensi menjadi spesies invasif. Miconia crenata (Senduduk Bulu) Miconia crenata berasal dari kawasan Caribbean, Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Namun demikian, spesies ini telah merebak ke pelbagai kawasan tropika lain termasuk Australia, Afrika serta Asia Tenggara. Spesies ini merupakan pokok renek yang sangat invasif kerana mampu membentuk populasi yang padat dan menyingkirkan tumbuhan tempatan. Di Malaysia, spesies ini telah d

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *