SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi

SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Raja Permaisuri Agong kongsi nukilan blog mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi Bernama 14/02/2026 | 22:54 MYT Penekanan terhadap kemahiran pengendalian senjata api perlu bagi memastikan kesiapsiagaan maksimum pegawai menghadapi tugasan yang kian berbahaya. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Kemahiran dalam mengendalikan senjata api dalam kalangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi penekanan serius berikutan tugas operasi agensi itu kini semakin mencabar serta melibatkan kes bersindiket yang berisiko tinggi.Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata penekanan terhadap kemahiran pengendalian senjata api itu juga perlu bagi memastikan kesiapsiagaan maksimum pegawai menghadapi tugasan yang kian berbahaya.Advertisement Beliau berkata bagi memastikan kemahiran pegawai mengendalikan senjata dan sentiasa selangkah ke hadapan dalam memerangi rasuah, latihan intensif seperti kejohanan menembak tahunan kini menjadi platform penting dalam mengasah ketangkasan serta fokus anggota di lapangan.”Setiap tindakan kita dalam perjuangan antirasuah mestilah berasaskan fakta yang tepat, strategi tajam serta keberanian yang tidak berbelah bahagi demi integriti negara.”Sama seperti di lapang sasar, ketenangan dan ketepatan bidikan ialah kunci utama untuk mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.Terdahulu, Azam merasmikan Kejohanan Menembak SPRM Tahun 2026 di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di Kajang, hari ini.Sementara itu, Pengarah Bahagian Keselamatan SPRM Zuhairie Abu Bakar dalam kenyataan sama berkata disiplin penggunaan senjata api ialah asas profesionalisme bagi setiap pegawai penguat kuasa dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan.Dalam kejohanan tersebut, Sriraman Renganathan daripada SPRM Selangor muncul juara kategori Centre Fire Individu Lelaki, manakala kategori wanita dimenangi oleh Zatun Najmiah Mohd Sabri daripada Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT).Bagi kategori berkumpulan, Bahagian Siasatan dinobatkan sebagai juara keseluruhan Centre Fire, sementara Bahagian Forensik mengungguli kategori Jatuhan Piring.Dalam kategori VIP Individu pula, tempat pertama dimenangi wakil Pengarah SPRM Kedah Mansur Mohamad, diikuti Zuhairie di tempat kedua dan Azam di tempat ketiga.– BERNAMA  Topic Berkaitan #SPRM #Azam Baki #menembak #SENJATA API #sindiket #operasi risiko tinggi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Raja Permaisuri Agong kongsi nukilan blog mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia few seconds ago Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas 27 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 38 minutes ago Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan 57 minutes ago Malaysia SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi 1 hour ago Malaysia Eksesais Desert Tiger perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-UAE 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *