Sudan isytihar wabak kolera berakhir selepas 18 bulan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat Malaysia Angkatan Aeroangkasa IRGC Iran ikrar pertahan negara Advertisement Dunia Sudan isytihar wabak kolera berakhir selepas 18 bulan Bernama 05/03/2026 | 05:45 MYT Menurut statistik terdahulu, Sudan merekodkan lebih 100,000 kes di seluruh negara termasuk kira-kira 2,408 kematian antara Julai 2024 hingga 21 Dis 2025. – Gambar hiasan KHARTOUM: Kementerian Kesihatan Sudan pada Rabu secara rasmi mengisytiharkan negara itu bebas daripada wabak kolera selepas memenuhi piawaian saintifik serta Peraturan Kesihatan Antarabangsa susulan penularan wabak berkenaan selama 18 bulan.“Sejak 14 Jan lepas, tiada kes direkodkan di mana-mana negeri. Berdasarkan data saintifik dan Peraturan Kesihatan Antarabangsa, Sudan kini bebas daripada wabak kolera,” kata Ketua Direktorat Kecemasan Kesihatan dan Kawalan Wabak kementerian itu, Montasir Mohamed Osman kepada Xinhua.Advertisement Osman menjelaskan, kriteria ketat untuk mengisytiharkan tamatnya penularan kolera termasuk dua tempoh pengeraman penuh tanpa kes baharu, pemberhentian penularan tempatan yang disahkan, tiada rantaian jangkitan aktif serta tiada lagi kawasan panas jangkitan baharu dalam komuniti atau penyebaran geografi.“Kami boleh mengesahkan bahawa Sudan bebas daripada wabak itu, kecuali sekiranya terdapat kes yang datang dari luar negara,” tambah beliau.Kementerian Kesihatan menjalankan usaha pembendungan secara meluas termasuk memberikan 20 juta dos vaksin, melaksanakan kira-kira 100 kempen perubatan serta mengadakan 130 mesyuarat bilik kecemasan pusat bagi memantau situasi epidemiologi, kata Osman.Sudan pertama kali mengumumkan penularan wabak kolera pada Ogos 2024. Menurut statistik terdahulu, negara itu merekodkan lebih 100,000 kes di seluruh negara termasuk kira-kira 2,408 kematian antara Julai 2024 hingga 21 Dis 2025.– BERNAMA-XINHUA Topic Berkaitan #Sudan #wabak kolera #bebas kolera #Kementerian Kesihatan Sudan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United 4 minutes ago Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat 14 minutes ago Malaysia Angkatan Aeroangkasa IRGC Iran ikrar pertahan negara 23 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Senat AS tolak usaha hentikan operasi ketenteraan AS terhadap Iran 34 minutes ago Bisnes QatarEnergy isytihar force majeur terhadap bekalan LNG 44 minutes ago Bisnes Kementerian Ekonomi mahu adakan mesyuarat penyelarasan bersama Petronas, BNM, MoF 54 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Sudan isytihar wabak kolera berakhir selepas 18 bulan
