Sultan Sharafuddin berkenan saksi upacara kibar bendera di Dataran Selangor | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Jemaah Menteri zahir penghargaan kepada wanita Malaysia Politik Rumah Bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal 'forgive and forget' Malaysia Kerajaan lulus RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi MADA Advertisement Malaysia Sultan Sharafuddin berkenan saksi upacara kibar bendera di Dataran Selangor Bernama 08/03/2026 | 10:20 MYT Upacara menaikkan bendera sebesar 15 meter x 30 meter dengan berat kira-kira 50 kilogram itu disempurnakan oleh 40 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia diketuai Bintara Muda PWP Samsul Hashim. – Foto Facebook SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyaksikan upacara mengibarkan bendera negeri di Tiang Bendera Dataran Selangor, sebuah mercu tanda baharu yang menempatkan tiang bendera tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 120 meter. Ketibaan Sultan Sharafuddin disambut Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin. Advertisement Sultan Sharafuddin turut bertitah memperkenankan Jalur Gemilang dikibarkan di tiang bendera berkenaan selama 10 hari semasa sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun, sebagai simbol patriotisme dan jalinan perpaduan di peringkat kebangsaan antara Selangor dengan negeri lain dalam Malaysia.Sultan Selangor bertitah ketika mengilhamkan pembinaannya, baginda menzahirkan harapan agar tiang bendera itu akan menjadi lambang perpaduan rakyat Selangor, sekali gus menyemarakkan rasa hormat kepada bendera dan semangat cintakan negeri. “Beta pilih tarikh 8 Mac 2026 sebagai tarikh perasmian tiang bendera ini adalah bersempena Hari Keputeraan Ayahanda Beta, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. “Almarhum adalah tokoh terpenting dalam membangunkan Shah Alam dan mengisytiharkannya sebagai ibu negeri Selangor pada tahun 1978,” titah baginda. Upacara menaikkan bendera sebesar 15 meter x 30 meter dengan berat kira-kira 50 kilogram itu disempurnakan oleh 40 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia diketuai Bintara Muda PWP Samsul Hashim. Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyaksikan penyerahan Sijil Pengiktirafan Tiang Bendera Tertinggi di Asia Tenggara daripada Malaysia Book of Records (MBOR) kepada Ahmad Fadzli. Tiang bendera Dataran Selangor yang terletak di Kelab Shah Alam, Seksyen 13 itu mengatasi rekod dipegang tiang bendera Ibu Pertiwi di Kuching, Sarawak dengan ketinggian 99.4 meter yang sebelum ini turut menerima pengiktirafan MBOR pada 2024. Pembinaan tiang bendera itu merupakan cetusan ilham dan titah Sultan Sharafuddin pada 1 Dis 2023 yang menzahirkan hasrat agar sebuah tiang bendera yang tinggi dan ikonik dibina sebagai mercu tanda kebanggaan Negeri Selangor di Bandar Raya Shah Alam. Dataran Selangor yang menempatkan mercu tanda terbabit bermotifkan Bunga Tanjung Kelopak Sembilan sebagai simbol identiti Negeri Selangor yang mewakili sembilan daerah. Projek itu yang mula dibina pada 10 Sept 2024 berjaya disiapkan pada 7 Mac 2026, enam hari lebih awal daripada tarikh yang disasarkan, melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM8.5 juta. — BERNAMA Topic Berkaitan #Sultan Sharafuddin #Tiang Bendera Dataran Selangor #upacara mengibarkan bendera negeri #mercu tanda baharu Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Dua anggota keselamatan sempadan Kuwait terbunuh ketika bertugas 24 minutes ago Malaysia Jemaah Menteri zahir penghargaan kepada wanita Malaysia 34 minutes ago Politik Rumah Bangsa: Tiada syarat kembali, UMNO amal 'forgive and forget' 45 minutes ago Malaysia Kerajaan lulus RM45.6 juta bagi pembangunan kilang padi MADA 54 minutes ago Malaysia Pencarian MH370 di selatan Lautan Hindi masih tiada petunjuk 1 hour ago Dunia Misi laut dalam dedah spesies baharu, terumbu ‘tidak terjejas’ di kepulauan Caribbean 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Sultan Sharafuddin berkenan saksi upacara kibar bendera di Dataran Selangor
