Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus Sukan Ranking Harimau Malaya jatuh, Cklamovski kekal optimis Bisnes Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda Advertisement Malaysia Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus Astro AWANI 24/03/2026 | 10:45 MYT Dr Mohammed Taufiq berkata Sarawak akan menjadi kluster utama dan lokasi upacara pembukaan Sukan SEA 2027. – Foto fail/BERNAMA PUTRAJAYA: Malaysia kian bersedia menjadi hos Sukan SEA buat kali ketujuh melibatkan empat kluster utama di Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur bagi edisi 2027.Menuju kurang daripada 600 hari edisi ke-34 sebelum Sukan SEA dijadual dibuka secara rasmi pada 18 Sept 2027, Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata tahap kesiapsiagaan negara menganjurkan temasya sukan dwitahunan yang bakal menawarkan 38 jenis sukan itu, sudah mencapai tahap hampir 80 peratus.Advertisement “Sekarang kita sudah hampir ke arah itu. Dari segi atlet, saya rasa atlet semakin bersedia dan dari segi fasiliti dan sebagainya, mungkin 70 ke 80 peratus.“Perbincangan mengenai penetapan jumlah sukan pula sudah mencapai tahap 90 peratus cuma ada sedikit proses rayuan sukan dan sebagainya untuk kita mengenal pasti sukan-sukan yang kita boleh anjurkan di Malaysia,” katanya.Beliau berkata demikian dalam satu temu bual eksklusif bersama Bernama yang diketuai Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj di pejabat menteri di sini, baru-baru ini.Sarawak akan menjadi kluster utama dan lokasi upacara pembukaan Sukan SEA 2027, dengan 17 sukan dipertandingkan, iaitu akuatik, angkat berat, bola keranjang, boling, boling padang, e-sukan, gimnastik, golf, kriket, memanah, menembak, Muay Thai, petanque, skuasy, taekwondo, tenis dan wusyu.Kluster Pulau Pinang pula melibatkan enam sukan, iaitu sepak takraw, snuker dan biliard, judo, tinju, pingpong dan floorball, manakala kluster Johor hanya melibatkan satu acara, iaitu bola sepak.Kluster Kuala Lumpur akan menjadi lokasi upacara penutup dengan 14 sukan dipertandingkan, iaitu badminton, berbasikal (Velodrom Nasional, Nilai), bola tampar, bola jaring, ekuestrian, hoki, karate, lawan pedang, luncur ais, olahraga, pencak silat, pelayaran (Langkawi), ragbi dan ski air.Dalam pada itu, Mohammed Taufiq berkata barisan atlet negara telah pun menjalani fasa pertama persediaan menjelang Sukan SEA 2027 di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Perak, baru-baru ini.Beliau berkata fasa pertama persediaan itu melibatkan sesi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Akademi Kenegaraan Malaysia.Beliau berkata kedua-dua sesi itu penting bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri setiap atlet negara, sekali gus dapat meniup semangat perjuangan mereka untuk merangkul pingat sebanyak yang mungkin di laman sendiri kelak.Sukan SEA 2027 dijadual berlangsung dari 18 hingga 29 Sept.– BERNAMA Topic Berkaitan #Sukan SEA 2027 #Dr Mohammed Taufiq Johari Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia KPDN Johor siasat kes isi RON95 dalam tong plastik melebihi had di Skudai 2 minutes ago Malaysia Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus 17 minutes ago Sukan Ranking Harimau Malaya jatuh, Cklamovski kekal optimis 32 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan konflik Asia Barat mereda 46 minutes ago Malaysia Dua lelaki maut dalam kemalangan di Batu Kurau 1 hour ago Malaysia Trafik lancar di semua lebuh raya utama pagi ini 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tahap kesiapsiagaan Malaysia anjur Sukan SEA 2027 hampir 80 peratus
