Tahun Baharu Cina: Kenderaan ke KL dijangka meningkat hampir dua kali ganda | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim Advertisement Malaysia Tahun Baharu Cina: Kenderaan ke KL dijangka meningkat hampir dua kali ganda Astro AWANI 13/02/2026 | 19:44 MYT Antara lokasi black spot yang dikenal pasti, katanya, ialah Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Damansara, Jalan Kepong dan Lebuhraya Sultan Iskandar. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Polis menjangkakan jumlah kenderaan memasuki ibu negara meningkat hampir dua kali ganda bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 17 Feb ini, susulan pertambahan pergerakan orang ramai untuk pulang ke kampung dan membeli-belah.Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata berdasarkan data harian, lebih tiga juta kenderaan direkodkan memasuki Kuala Lumpur setiap hari dan jumlah itu dijangka meningkat ketara menjelang musim perayaan, khususnya di kawasan pusat bandar.Advertisement “Perkara ini merupakan cabaran kepada pihak polis. Kita telah mengenal pasti beberapa kawasan hotspot dan akan menggandakan kawalan keselamatan termasuk di lokasi tumpuan orang ramai,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Ops Selamat 25 bersempena dengan Tahun Baharu Cina di sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini, hari ini.Fadil berkata bagi memastikan kelancaran trafik, pihaknya turut melaksanakan Ops Lancar bermula dari 11 hingga 22 Feb dengan menempatkan anggota di lokasi strategik serta menjalankan pemantauan berterusan di 15 lokasi black spot dan 30 hotspot.Antara lokasi black spot yang dikenal pasti, katanya, ialah Jalan Kuching, Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Damansara, Jalan Kepong dan Lebuhraya Sultan Iskandar.Sementara itu, kawasan hotspot pula termasuklah Bulatan Segambut, Bulatan Kepong, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Yap Kwan Seng, Bulatan Kampung Pandan dan Jalan Istana. Black spot merujuk kepada kawasan yang kerap berlaku kemalangan atau mempunyai tahap risiko keselamatan jalan raya yang tinggi, manakala hotspot pula ialah lokasi tumpuan orang ramai dan kenderaan yang berpotensi menyebabkan kesesakan.Sehubungan dengan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan penguat kuasa bagi memastikan aliran trafik berjalan lancar sepanjang tempoh perayaan.– BERNAMA Topic Berkaitan #trafik di Kuala Lumpur #Tahun Baharu Cina #Ops Lancar #Fadil Marsus Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain 57 minutes ago Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR 1 hour ago Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim 1 hour ago Bisnes "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung 1 hour ago Dunia Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti 1 hour ago Malaysia JKDM rekod nilai rampasan lebih RM160 juta bulan lepas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tahun Baharu Cina: Kenderaan ke KL dijangka meningkat hampir dua kali ganda
