Tangisan bayi berhampiran kereta terbakar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Presiden Mexico tegaskan semula komitmen menjelang lawatan FIFA bagi Piala Dunia 2026 Dunia Trump sahkan Amerika Syarikat lancar 'operasi pertempuran besar' di Iran Malaysia Jabatan Imigresen sahkan tiga anak Tun Daim berada di luar negara Advertisement Malaysia Tangisan bayi berhampiran kereta terbakar Sinar Harian 28/02/2026 | 15:00 MYT Nahas di Kilometer 19, Jalan Kluang-Batu Pahat dekat UTHM pada awal pagi Sabtu. – Foto tular BATU PAHAT: Tangisan seorang bayi kedengaran berhampiran sebuah kereta yang terbalik dan terbakar di Kilometer 19, Jalan Kluang-Batu Pahat berdekatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini pada awal pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, bayi perempuan berusia 10 bulan tersebut dilaporkan cedera parah di kepala, manakala ibunya turut mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dipercayai akibat tayar pecah.Advertisement Terdahulu, tular video berdurasi 53 saat memaparkan beberapa pengguna jalan raya berlari ke lokasi kejadian ketika kereta berkenaan sedang marak terbakar.Kedengaran tangisan bayi berhampiran kenderaan yang terbakar itu, manakala seorang mangsa dilihat terbaring tidak sedarkan diri bersebelahan bayi berkenaan.Keadaan kereta tersebut juga remuk dan rosak teruk.Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun bersama isterinya berumur 41 tahun dan bayi perempuan mereka sebagai penumpang.“Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri manakala isterinya cedera di kepala. Kedua-duanya dirawat di Zon Kuning Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).“Bayi mereka pula mengalami kecederaan parah di kepala dan dirawat di Zon Merah HSNI,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Sinar Harian Topic Berkaitan #tangisan bayi #kereta terbakar #kemalangan #Batu Pahat #UTHM Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Presiden Mexico tegaskan semula komitmen menjelang lawatan FIFA bagi Piala Dunia 2026 3 minutes ago Dunia Trump sahkan Amerika Syarikat lancar 'operasi pertempuran besar' di Iran 15 minutes ago Malaysia Jabatan Imigresen sahkan tiga anak Tun Daim berada di luar negara 19 minutes ago Malaysia Empat negeri terlibat Sukan SEA, KBS mahu pastikan tiada masalah logistik 34 minutes ago Malaysia Reman pelajar disyaki hina Islam disambung tiga hari 49 minutes ago Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tangisan bayi berhampiran kereta terbakar
