Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun

Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis, 19 Februari Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun Advertisement Dunia Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun BERNAMA 17/02/2026 | 22:02 MYT Tarique mengetuai pasukan seramai 49 orang yang terdiri daripada 25 menteri bertaraf Kabinet dan 24 menteri negara. – Gambar Reuters NEW DELHI: Tarique Rahman mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Bangladesh pada Selasa, dalam apa yang dianggap sebagai era baharu demokrasi dan harapan buat negara dengan 175 juta penduduk itu.Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Presiden Mohammed Shahabuddin di parlimen kebangsaan Jatiya Sangsad di Dhaka, dalam satu upacara yang disiarkan secara langsung.Advertisement Terdahulu, Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) memilih Tarique, anak kepada bekas Perdana Menteri Begum Khaleda Zia dan bekas Presiden Ziaur Rahman, sebagai ketua parti parlimennya.Ahli kabinet perdana menteri baharu itu juga mengangkat sumpah dalam upacara yang dihadiri oleh pemimpin dan wakil dari beberapa negara.Tarique mengetuai pasukan seramai 49 orang yang terdiri daripada 25 menteri bertaraf Kabinet dan 24 menteri negara.BNP yang diasaskan pada 1978 oleh Ziaur Rahman, mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya parlimen pada 12 Feb, dan kembali berkuasa selepas dua dekad.Tarique kembali ke Bangladesh dari Britain pada Disember tahun lepas selepas 17 tahun hidup dalam buangan.Beliau mengambil alih kepimpinan parti secara rasmi berikutan kematian ibunya. Khaleda Zia yang meninggal dunia pada 30 Dis selepas menderita sakit berpanjangan dan mengharungi perjuangan politik yang sengit menentang seteru beliau, Sheikh Hasina.Kerajaan baharu berhadapan beberapa cabaran dalam membina semula kepercayaan awam terhadap institusi, memacu pertumbuhan ekonomi serta pekerjaan, dan mewujudkan keharmonian politik selepas lebih 15 tahun di bawah pemerintahan rejim Awami League pimpinan Hasina yang digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada Ogos 2024.Hasina yang melarikan diri ke India, bersama ramai pemimpin partinya kini menetap di luar negara. Mereka menghadapi pertuduhan serius termasuk pembunuhan dan rasuah di mahkamah Bangladesh.Pemimpin interim Muhammad Yunus dalam perutusan perpisahan kepada negara pada malam Isnin menyifatkan peralihan kuasa kepada kerajaan yang dipilih sebagai era baharu bagi Bangladesh.”Ia adalah permulaan perjalanan baharu bagi sistem demokrasi Bangladesh, kelahiran sebuah Bangladesh yang baharu,” katanya dalam siaran itu.Negara Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada perdana menteri baharu dan turut menyertai upacara mengangkat sumpah itu.Presiden Maldives Mohamed Muizzu, Perdana Menteri Bhutan Tshering Tobgay, Speaker Dewan Rakyat India Om Birla, Menteri Perancangan Pakistan Ahsan Iqbal, Menteri Kesihatan dan Media Massa Sri Lanka Nalinda Jayatissa serta Menteri Luar Nepal Balananda Sharma hadir pada majlis tersebut.– BERNAMA TAG: Bangladesh, pilihan raya Bangladesh, Jatiya Sangsad, Tarique Rahman Topic Berkaitan #Tarique Rahman #era baharu #bangladesh #peralihan kuasa Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 1 hour ago Malaysia Enam individu berdepan detik cemas kereta dihempap pokok tumbang 1 hour ago Malaysia Kuih bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun 2 hours ago Politik Krisis BERSATU: PN terkubur, Pas dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu – Penganalisis 2 hours ago Dunia Tarique Rahman PM baharu Bangladesh, BNP kembali berkuasa selepas 20 tahun 3 hours ago Malaysia Saudara baharu terus raikan Tahun Baharu Cina bersama keluarga, harmoni jadi teras 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *