[TERKINI] Dr Samsuri pengerusi Perikatan Nasional baharu

[TERKINI] Dr Samsuri pengerusi Perikatan Nasional baharu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Berita Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin Malaysia Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas Malaysia Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang Advertisement Politik [TERKINI] Dr Samsuri pengerusi Perikatan Nasional baharu Firdaus Azil 22/02/2026 | 16:16 MYT Pelantikan Dr Ahmad Samsuri dibuat selepas kerusi tersebut dikosongkan berikutan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir dua bulan lalu. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Naib Presiden Pas, yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi baharu Perikatan Nasional (PN) pada Ahad.Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu sidang media berkata, perkara itu disahkan dalam Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi gabungan itu yang berlangsung di Pejabat Agung Pas hari ini.Advertisement Pelantikan ini dibuat selepas kerusi tersebut dikosongkan berikutan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir dua bulan lalu.“Dalam perlembagaan Perikatan Nasional tidak dinyatakan siapa yang boleh dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional, maknanya siapa sahaja daripada Perikatan Nasional boleh dipilih oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk menjadi pengerusi.“Tidak perlu pada presiden parti ke ataupun timbalan presiden, dalam perlembagaan kita. Jadi atas dasar itu Pas berpandangan dengan kelebihan-kelebihan yang ada terhadap Dr Samsuri.“Beliau sebagai seorang Menteri Besar sudah dua penggal di Terengganu. Beliau juga telah menunjukkan satu prestasi yang cukup baik dalam pilihan raya umum ke-15 dan juga pilihan raya negeri di Terengganu dengan memenangi semua kerusi atas tiket Perikatan Nasional.”Jadi itu antara beberapa kriteria kenapa Pas memilih Yang Amat Berhormat Dr Samsuri sebagai wakil Pas untuk menerajui Majlis Tertinggi Perikatan Nasional,” katanya lagi.Langkah melantik Samsuri dilihat sebagai babak baharu dalam hala tuju PN, selepas berlaku beberapa siri ketegangan dalaman melibatkan Pas dan Bersatu, termasuk krisis kepimpinan di Perlis.Pemerhati politik melihat krisis itu sebagai pembuka ruang kepada pengunduran beberapa pemimpin Bersatu, sekali gus membuka lebih ruang kepada Pas mengukuhkan pengaruh dalam PN. Perkembangan ini berlaku selepas ketegangan dalam Bersatu memuncak dengan pemecatan 17 pemimpin termasuk Datuk Seri Hamzah Zainudin, tokoh yang sebelum ini menjadi jambatan penting antara Pas dan Bersatu.Penganalisis menjangkakan pemecatan ini merenggangkan hubungan dua parti teras PN, meskipun Pas menegaskan bahawa ia tidak menyebelahi mana-mana kem dalam pertikaian tersebut.Dalam pada itu Takiyuddin berkata, mesyuarat tersebut turut bersetuju untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Pengerusi PN.Naib Presiden Pas, yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang baharu. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. #AWANInews pic.twitter.com/zwdNemq6Fw— Astro AWANI (@501Awani) February 22, 2026  Topic Berkaitan #Pengerusi PN Baharu #Ahmad Samsuri Mokhtar #Pas #Bersatu #Perikatan Nasional Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Berita Pencemaran bau Sungai Kabul: Dua kertas siasatan dibuka – Amirudin few seconds ago Malaysia Banjir Sabah: Kerajaan teliti projek tebatan banjir di kawasan kerap terjejas 21 minutes ago Malaysia Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun kepada 3,266 orang 49 minutes ago Dunia Seoul bantah 'Hari Takeshima', gesa Jepun henti tuntutan ke atas Dokdo 51 minutes ago Malaysia Kelab peminat P. Ramlee akur pandangan umum, tarik balik cadangan tukar nama ASWARA 1 hour ago Hiburan Vokalis Carburetor Dung, Shahlan meninggal dunia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *