[TERKINI] Israel lancar serangan awal terhadap Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 Malaysia Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam Dunia Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS Advertisement Dunia [TERKINI] Israel lancar serangan awal terhadap Iran Astro AWANI 28/02/2026 | 14:54 MYT Letupan dilaporkan berlaku di Tehran pada Sabtu, dengan beberapa kawasan disahkan terjejas. – Gambar/ Reuters ISRAEL mengumumkan telah melancarkan satu serangan prapertahanan terhadap Iran pada Sabtu, sekali gus mencetuskan satu lagi episod ketegangan ketenteraan di Asia Barat, lapor Reuters.Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mendakwa, tindakan itu diambil bagi “menghapuskan ancaman terhadap Israel”, susulan kebimbangan berterusan terhadap program nuklear serta pembangunan peluru berpandu Iran yang didakwa mampu menggugat keselamatan serantau.Letupan dilaporkan kedengaran di Tehran pada Sabtu, menurut media Iran, yang turut memaklumkan bahawa beberapa kawasan di ibu negara terjejas dalam insiden tersebut. Namun, tiada penjelasan lanjut diberikan oleh pihak berkuasa Iran.Advertisement Serangan ini berlaku selepas Israel dan Iran terlibat dalam perang udara selama 12 hari pada Jun lalu. Israel ketika itu memberi amaran bahawa tindakan ketenteraan akan diteruskan sekiranya Iran bertegas dengan agenda nuklear dan peluru berpandunya.Amerika Syarikat dan Iran sebelum ini telah kembali ke meja rundingan pada Februari dalam usaha mencari penyelesaian diplomatik terhadap pertikaian nuklear yang berlarutan sejak beberapa dekad, namun Israel tetap menegaskan sebarang perjanjian baharu mesti melibatkan pembongkaran infrastruktur nuklear Iran.Iran pula menyatakan kesediaan untuk membincangkan langkah mengehadkan program nuklearnya sebagai pertukaran kepada pemansuhan sekatan antarabangsa, tetapi menolak sebarang syarat yang mengaitkan isu nuklear dengan program peluru berpandu negara itu.Tehran juga memberi amaran bahawa ia akan mempertahankan diri daripada sebarang serangan dan tidak teragak‑agak bertindak balas terhadap negara‑negara jirannya yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat, sekiranya Washington terlibat dalam serangan terhadap Iran.Dalam insiden berkaitan pada Jun lalu, AS menyertai kempen ketenteraan Israel menyasarkan kemudahan nuklear Iran dalam tindakan yang disifatkan sebagai penglibatan langsung paling signifikan Amerika terhadap republik tersebut.Iran kemudian membalas dengan melancarkan peluru berpandu ke pangkalan udara Al Udeid di Qatar.Kuasa‑kuasa Barat sebelum ini menzahirkan kebimbangan bahawa program peluru berpandu Iran berpotensi menggugat kestabilan serantau dan mampu digunakan sebagai platform penghantaran senjata nuklear, dakwaan yang dinafikan oleh Tehran.Situasi terbaharu ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap risiko eskalasi konflik yang boleh meluas ke seluruh rantau, tatkala usaha diplomatik untuk menyelesaikan isu nuklear Iran masih belum menunjukkan perkembangan positif. Topic Berkaitan #israel #Iran #ISRAEL SERANG IRAN #rundingan nuklear Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 13 minutes ago Malaysia Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam 26 minutes ago Dunia Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS 30 minutes ago Malaysia PDRM segerakan siasatan, dedah petualang dakwaan komplot sabotaj negara – Kamil Munim 36 minutes ago Malaysia MH160 dan MH156 selamat kembali susulan makluman risiko kawasan konflik – Malaysia Airlines 44 minutes ago Malaysia Pengguna i-Akaun KWSP terpaksa tunggu hampir sejam untuk log masuk 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
[TERKINI] Israel lancar serangan awal terhadap Iran
