Tiada mana-mana bahagian Bersatu bubar – Muhyiddin

Tiada mana-mana bahagian Bersatu bubar – Muhyiddin | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa Advertisement Politik Tiada mana-mana bahagian Bersatu bubar – Muhyiddin Farhan Hakimi 10/03/2026 | 22:28 MYT Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mengikut perlembagaan parti, hanya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mempunyai kuasa untuk membubarkan bahagian. – Foto Ikqwan Lee, Astro AWANI KUALA LUMPUR: Tiada mana-mana bahagian Bersatu yang dibubarkan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu sejak kebelakangan ini, tegas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Jelas beliau, mengikut perlembagaan parti, hanya Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mempunyai kuasa untuk membubarkan bahagian.Advertisement “Tidak ada bahagian yang berjaya dibubarkan. Ini perlu kita jelaskan kerana dalam beberapa minggu yang lepas, selepas peristiwa pemecatan Timbalan Presiden, (ada dakwaan) kononnya ada beberapa bahagian yang isytihar bubar.”Sebenarnya mengikut perlembagaan (parti), tidak ada pihak kecuali MPT Bersatu sahaja yang mempunyai kuasa untuk membubarkan (bahagian), bermakna tidak ada pembubaran berlaku. Tetapi ada pemberhentian atau peletakan jawatan,” kata Muhyiddin dalam satu sidang media selepas Mesyuarat MPT Bersatu dan Majlis Iftar Bersatu Malaysia di ibu negara hari ini.Menurutnya, apabila itu berlaku, parti akan menggunakan kuasa petugas khas untuk melakukan penyusunan semula kepimpinan di bahagian yang terlibat.”Dan saya sukacitanya nak maklumkan sebenarnya bahagian itu tidaklah sebesar mana yang digambarkan oleh pihak-pihak tertentu. Maknanya, majoriti tidak terjejas,” jelas Muhyiddin.Beliau turut mengumumkan pelantikan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi sebagai Pemangku Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Datuk Seri R Sanjivan sebagai Pemangku Ketua Sayap Bersekutu parti itu berkuat kuasa serta-merta yang diputuskan secara sebulat suara oleh MPT.Pelantikan pemangku kepimpinan itu dibuat susulan kekosongan jawatan selepas bekas Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan bekas Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, Datuk Dr Dr Chong Fat Full sebelum ini tidak lagi memegang jawatan berkenaan. Topic Berkaitan #Muhyiddin Yassin #Bersatu #politik Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Google perkenal pengesahan bagi iklan perkhidmatan kewangan di Malaysia mulai 14 April 2026 52 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 1 hour ago Politik Wanita UMNO wujudkan jawatankuasa khas teliti pelaksanaan Rumah Bangsa 1 hour ago Dunia Hampir 700,000 penduduk Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh lebih seminggu – UNHCR 1 hour ago Malaysia Lebih 700 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak pindah ke PPS 1 hour ago Malaysia Kerajaan kekalkan dasar sedia ada, teliti kesan konflik geopolitik terhadap ekonomi 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *