Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina Advertisement Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina Bernama 28/03/2026 | 09:40 MYT Penunggang motosikal beratur panjang di stesen minyak di Quezon City, Filipina. – Gambar/ AP MANILA: Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) Filipina menjelaskan pada Jumaat bahawa tiada pembekuan harga dilaksanakan ketika ini walaupun Malacanang mengisytiharkan darurat tenaga nasional, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).Dalam satu kenyataan, DTI berkata bekalan dan harga barangan keperluan asas serta barangan utama kekal stabil susulan pengeluaran Perintah Eksekutif (EO) No. 110 yang bertujuan melindungi bekalan minyak domestik di tengah-tengah konflik Asia Barat.Advertisement EO 110 adalah “langkah strategik yang direka khusus untuk menangani potensi gangguan dalam rantaian bekalan minyak global,” menurut DTI.Perintah itu juga mengaktifkan Program Pakej Bersatu untuk Sara Hidup, Industri, Makanan dan Pengangkutan (UPLIFT), yang menyediakan subsidi bersasar kepada sektor pengangkutan dan pertanian.“Dengan menstabilkan kos pengangkutan barangan, kerajaan secara proaktif menghalang tekanan inflasi yang sebaliknya mungkin memerlukan pembekuan harga,” kata DTI.Agensi itu turut memaklumkan yang pihaknya berinteraksi dengan sektor swasta, termasuk mengadakan mesyuarat dengan 21 pengeluar utama barangan keperluan seperti sardin dalam tin, roti, air botol, mi segera dan kopi yang “secara rasmi berjanji untuk mengekalkan harga semasa bagi tempoh 30 hingga 60 hari akan datang.”“Kerjasama seluruh industri ini memastikan harga kekal berpatutan tanpa memerlukan campur tangan wajib kerajaan,” katanya.Komitmen 30 hari itu berlangsung sehingga 16 April, manakala tempoh 60 hari berakhir pada 16 Mei.Berdasarkan pemantauan harga dan bekalan, DTI menyatakan yang “tahap inventori bagi barangan keperluan asas masih mencukupi.”“Tiada kekurangan bekalan yang boleh menyebabkan kenaikan harga secara tidak munasabah,” katanya, susulan pengumuman oleh kumpulan pasar raya dan peruncit mengenai pelarasan harga yang dirancang bermula 1 April 2026 akibat konflik berterusan di Asia Barat.DTI turut menegaskan yang walaupun tiada ‘pembekuan harga’ rasmi, pasukan perlindungan pengguna berada dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi.“Kami terus memantau pematuhan terhadap Buletin Harga Runcit Disyorkan (SRP) serta barangan keperluan asas dan utama tanpa SRP. Mana-mana peruncit yang didapati melakukan pencatutan (menaikkan harga lebih 10 peratus tanpa alasan munasabah) atau menyorok barang akan dikenakan tindakan undang-undang sepenuhnya, termasuk denda pentadbiran dan kemungkinan hukuman penjara,” katanya.BERNAMA-PNA Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #konflik Timur Tengah #darurat tenaga #Filipina Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi few seconds ago Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran 14 minutes ago Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina 35 minutes ago Dunia Harga bahan api ASEAN berbeza susulan tekanan harga minyak global 55 minutes ago Dunia Australia pesan bekalan bahan api kecemasan dari AS buat pertama kali dalam beberapa dekad 1 hour ago Dunia EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina
