Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Saturday, February 28, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat Tiga Masalah Utama Kesihatan Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat by Editor 28/02/2026 in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan 0 0 0 Penulis: Dr. Al Hafiz Bin Ibrahim¹ , Dr Ritzzaleena Rosli Binti Mohd Rosli² & Rita Vivera Pane3 ¹Pensyarah Perubatan ,Unit Perubatan Pemulihan, Universiti Sains Malaysia (USM) ²Pensyarah Perubatan, Jabatan Perubatan Keluarga Universiti Sains Malaysia (USM) 3Universitas Nahdlatul Ulama Surabaya Pernahkah anda mengalami kebas pada jari ketika menaip laporan? Atau terasa seperti ada “semut berjalan” di hujung jari ketika memegang telefon terlalu lama? Mungkin juga ada antara kita yang bangun pagi dengan jari terasa kaku dan sukar diluruskan, seolah-olah terkunci. Ramai menganggap keadaan ini sekadar lenguh biasa akibat kerja yang banyak. Namun hakikatnya, ia mungkin tanda awal masalah kesihatan tangan yang semakin kerap berlaku dalam kalangan pekerja pejabat. Dalam dunia moden yang serba digital, komputer, papan kekunci, tetikus dan telefon pintar menjadi alat utama untuk bekerja. Pergerakan berulang yang dilakukan setiap hari, ditambah dengan postur yang kurang ergonomik, boleh memberi tekanan berterusan kepada saraf dan tendon tangan. Tiga masalah utama yang sering ditemui ialah Carpal Tunnel Syndrome (CTS), Trigger Finger, dan De Quervain Tenosynovitis. Walaupun namanya kedengaran teknikal, ketiga-tiganya sebenarnya berpunca daripada penggunaan tangan yang berlebihan dan berulang. Carpal Tunnel Syndrome (CTS): Kebas Yang Tidak Boleh Dipandang Ringan Carpal Tunnel Syndrome atau lebih dikenali sebagai CTS berlaku apabila saraf median yang melalui satu laluan sempit di pergelangan tangan, yang dipanggil terowong karpal (carpal tunnel), menjadi terhimpit. Saraf median bertanggungjawab memberikan sensasi pada ibu jari, jari telunjuk, jari tengah dan sebahagian jari manis. Apabila ruang di dalam terowong karpal menjadi sempit akibat bengkak atau tekanan berulang, saraf median akan terhimpit. Keadaan ini mencetuskan pelbagai simptom seperti kebas, kesemutan, rasa mencucuk serta kelemahan ketika menggenggam objek. Biasanya, simptom-simptom ini lebih ketara pada waktu malam atau sejurus bangun tidur. Posisi pergelangan tangan yang bengkok semasa berehat atau tidur turut meningkatkan tekanan dalam terowong karpal, sekali gus memburukkan lagi ketidakselesaan. Dalam kalangan pekerja pejabat, faktor risiko utama ialah penggunaan papan kekunci dan tetikus secara berpanjangan tanpa rehat mencukupi. Pergelangan tangan yang sentiasa dalam posisi bengkok atau tidak neutral meningkatkan tekanan dalam terowong karpal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, saraf boleh mengalami kerosakan jangka panjang dan menyebabkan kelemahan otot jari. Rawatan awal biasanya melibatkan penggunaan splint pergelangan tangan, pengubahsuaian ergonomik tempat kerja dan fisioterapi. Dalam kes yang lebih teruk, suntikan steroid atau pembedahan kecil mungkin diperlukan bagi melegakan tekanan pada saraf. Rajah 1. Ilustrasi tangan yang menunjukkan perbandingan antara struktur carpal tunnel normal dan carpal tunnel yang mengalami simptom .(Sumber: https://www.med.unc.edu/peripheralnervecenter/conditions-we-treat/peripheral-nerve-compression/carpal-tunnel-syndrome) Trigger Finger: Jari Yang Terkunci Tanpa Amaran Trigger finger atau stenosing tenosynovitis adalah satu masalah yang semakin kerap berlaku dalam masyarakat moden, terutamanya dalam kalangan mereka yang banyak menggunakan tangan untuk tugas berulang. Keadaan ini berlaku apabila tendon yang menggerakkan jari menjadi tebal atau meradang. Dalam keadaan normal, tendon bergerak dengan lancar di dalam satu saluran kecil di tapak jari. Namun apabila berlaku keradangan, ruang menjadi sempit dan pergerakan tendon mula tersekat. Hasilnya, jari boleh terasa seperti “tersangkut” ketika hendak diluruskan atau dibengkokkan. Ada yang menggambarkan bunyi “klik” setiap kali menggerakkan jari seolah‑olah ada sesuatu yang menghalang tendon daripada bergerak bebas. Dalam kes yang lebih serius, jari boleh terkunci dalam kedudukan bengkok, sehingga pesakit terpaksa menggunakan tangan sebelah lagi untuk meluruskannya. Masalah ini lazim berlaku dalam kalangan individu yang kerap melakukan pergerakan genggaman berulang, seperti pengguna komputer tegar, pekerja pejabat, pereka grafik, dan mereka yang bergantung kepada telefon pintar untuk jangka masa panjang. Menariknya, kajian mendapati bahawa penghidap diabetes mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami trigger finger berbanding individu lain. Rawatan pula bergantung pada tahap keterukan. Untuk kes ringan, langkah mudah seperti rehat, ubat anti‑radang dan fisioterapi selalunya sudah memadai untuk mengurangkan ketidakselesaan. Suntikan steroid sering menjadi pilihan kerana keberkesanannya melegakan simptom dengan cepat. Jika masalah berlarutan atau jari semakin kerap terkunci, pembedahan kecil mungkin diperlukan bagi melonggarkan laluan tendon dan memulihkan pergerakan jari seperti biasa. Rajah 2. Ilustrasi keadaan trigger finger yang menunjukkan penebalan tendon dan pembentukan nodul yang menyebabkan pergerakan jari tersekat serta kesukaran meluruskan jari.(Sumber: https://orthotoc.com/what-is-trigger-finger) De Quervain Tenosynovitis: Sakit Di Pangkal Ibu Jari De Quervain tenosynovitis ialah satu keadaan di mana tendon pada bahagian sisi pergelangan tangan, berdekatan pangkal ibu jari, menjadi radang. Keradangan ini menyebabka
Related Posts
Awal Puasa 19 Februari, Ini Fakta-fakta Soal Pengamatan Hilal
Awal Puasa 19 Februari, Ini Fakta-fakta Soal Pengamatan Hilal
Kelantan perkasa pelancongan kesihatan, sasar pasaran negara jiran
Kelantan perkasa pelancongan kesihatan, sasar pasaran negara jiran
Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini
Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini
