Tuntutan MA63 perlu selari semangat Persekutuan, kata Ahli Parlimen | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Sekatan berterusan di utara Pakistan susulan protes anti-AS yang ragut nyawa Malaysia PAC gesa FELCRA nilai semula sasaran bank tanah 30,000 hektar Malaysia SPRM tahan anggota trafik disyaki minta, terima rasuah RM30,000 Advertisement Malaysia Tuntutan MA63 perlu selari semangat Persekutuan, kata Ahli Parlimen Astro AWANI 03/03/2026 | 18:42 MYT Pertikaian berkaitan pengagregatan gas itu tercetus susulan Deklarasi Bersama yang ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Mei 2025. KUALA LUMPUR: Tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) wajar dilaksanakan selaras dengan semangat Persekutuan dan mengambil kira keupayaan kewangan serta struktur pentadbiran negara bagi memastikan kestabilan nasional terus terpelihara, kata dua Ahli Parlimen.Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof berkata walaupun hak yang diperuntukkan di bawah MA63 perlu dihormati, tuntutan berkenaan tidak boleh dilihat secara terasing tanpa menimbang manfaat besar yang dinikmati negeri-negeri sebagai sebahagian daripada Persekutuan.Advertisement Beliau berkata antara manfaat tersebut termasuk sokongan kerajaan Persekutuan dalam aspek pembangunan infrastruktur, pendidikan dan keselamatan.“Apa pun yang dituntut Sarawak harus dilihat dalam konteks lebih luas. Semangat Persekutuan juga mesti dihormati.“Sarawak tidak boleh melihat MA63 hanya dari sudut tuntutan khusus sebagai sebuah negeri, walaupun secara prinsip telah diberikan hak dalam perjanjian itu,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan terkini melibatkan isu minyak dan gas di Sarawak.Pada 23 Feb lepas, Kerajaan Sarawak memfailkan prosiding di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kejelasan mengenai keabsahan perlembagaan Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 serta pelaksanaannya di negeri itu.Langkah tersebut diambil kira-kira sebulan selepas Petroliam Nasional Berhad (Petronas) memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk mendapatkan penjelasan kehakiman berhubung rangka kerja kawal selia yang mengawal operasinya di Sarawak.Pertikaian berkaitan pengagregatan gas itu tercetus susulan Deklarasi Bersama yang ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Mei 2025.Deklarasi berkenaan menggariskan prinsip umum berkaitan pengagregatan gas serta mengesahkan kewujudan bersama PDA dan Ordinan Pengagihan Gas, hasil perbincangan antara Petronas dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) yang bermula sejak 2024.Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah berkata perbahasan mengenai hak negeri perlu dikendalikan secara matang dan berhemah agar tidak menjejaskan perpaduan nasional.Beliau berkata konsep federalisme sememangnya perlu berkembang mengikut peredaran masa, namun asasnya kekal sama iaitu menyeimbangkan autonomi negeri dengan kekuatan bersama di bawah kerajaan Persekutuan.“Namun tafsiran terhadap hak-hak ini ketika kita bergerak ke hadapan juga perlu berkembang,” katanya.Jimmy berkata perbahasan berkaitan MA63 perlu dipandu pertimbangan praktikal dan bukan sentimen semata-mata.“Perpaduan itu kekuatan. Jika setiap daripada 13 negeri terpaksa mengendalikan kedutaan sendiri dan mengurus hubungan luar secara berasingan, berapa besar kos yang perlu ditanggung?” katanya.Beliau turut merujuk tuntutan lama Filipina ke atas Sabah sebagai contoh kepentingan keselamatan bersama dalam kerangka Persekutuan.“Bayangkan jika Sabah tidak menjadi sebahagian daripada Persekutuan dan terpaksa berdiri sendiri. Adakah ia mempunyai sumber mencukupi untuk mempertahankan dirinya?“Apa manfaatnya jika keluar daripada Persekutuan? Mampukah mana-mana negeri, secara bersendirian, mengawal sempadan atau menanggung semua tanggungjawab yang kini dikongsi di peringkat Pusat?” soalnya. Topic Berkaitan #Perjanjian Malaysia #ma63 #Anwar Ibrabim #Abang Johari Abang Openg Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Sekatan berterusan di utara Pakistan susulan protes anti-AS yang ragut nyawa 16 minutes ago Malaysia PAC gesa FELCRA nilai semula sasaran bank tanah 30,000 hektar 46 minutes ago Malaysia SPRM tahan anggota trafik disyaki minta, terima rasuah RM30,000 1 hour ago Dunia [KOLUMNIS] Selat Hormuz: Apabila undang-undang dunia diuji kuasa adidaya 1 hour ago Malaysia Lebih 350,000 permohonan Tahun 1 usia enam tahun direkodkan – Wong 1 hour ago Malaysia Tuntutan MA63 perlu selari semangat Persekutuan, kata Ahli Parlimen 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Tuntutan MA63 perlu selari semangat Persekutuan, kata Ahli Parlimen
