UAE pintas 165 peluru berpandu balistik, dua peluru berpandu krus dan 541 dron sejak serangan Iran bermula | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran Advertisement Dunia UAE pintas 165 peluru berpandu balistik, dua peluru berpandu krus dan 541 dron sejak serangan Iran bermula Bernama 02/03/2026 | 05:10 MYT Asap daripada misil Iran yang dipintas kelihatan di langit Dubai, Emiriah Arab Bersatu, 1 Mac 2026. (Foto AP) KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan (MOD) Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bahawa tentera udara dan pasukan pertahanan udara negara itu setakat ini telah menangani 165 peluru berpandu balistik, dua peluru berpandu krus dan 541 dron Iran sejak bermulanya serangan berkenaan.Menerusi hantaran di platform media sosial X pada Ahad, kementerian itu memaklumkan bahawa pada pagi hari kedua serangan, tentera udara dan pasukan pertahanan udara UAE telah memusnahkan 20 peluru berpandu balistik, manakala lapan lagi peluru berpandu jatuh ke dalam laut.Advertisement “Pasukan keselamatan juga memusnahkan dua peluru berpandu krus dan 311 dron. Bagaimanapun, 21 dron telah melancarkan serangan terhadap sasaran awam. Kementerian menegaskan keupayaan tentera udara dan pertahanan udara UAE untuk menangani pelbagai ancaman,” menurut kenyataan itu.Kementerian menjelaskan bahawa sejak permulaan serangan Iran pada 28 Feb, sebanyak 165 peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Iran ke arah UAE telah dikesan, dengan 152 daripadanya berjaya dimusnahkan manakala 13 lagi jatuh ke kawasan perairan. Dua peluru berpandu krus turut dikesan dan dimusnahkan.MOD berkata sebanyak 541 dron Iran dikesan, dengan 506 daripadanya dipintas dan dimusnahkan, manakala 35 dron lagi jatuh di dalam negara itu sehingga menyebabkan kerosakan material.”Insiden berkenaan mengakibatkan tiga kematian melibatkan warga Pakistan, Nepal dan Bangladesh, manakala 58 lagi mengalami kecederaan ringan merangkumi warga Emiriah, Mesir, Ethiopia, Filipina, Pakistan, Iran, India, Bangladesh, Sri Lanka, Azerbaijan, Yaman, Uganda, Eritrea, Lubnan dan Afghanistan,” menurut kementerian itu.Kementerian turut menyatakan bahawa terdapat serpihan yang jatuh di pelbagai kawasan di negara itu akibat tindakan sistem pertahanan udara memintas peluru berpandu balistik dan dron, yang membawa kepada kerosakan material kecil hingga sederhana terhadap beberapa hartanah awam.Kementerian menzahirkan kesediaan penuh untuk menangani sebarang ancaman dan menegaskan bahawa keselamatan warga negara, penduduk serta pelawat kekal menjadi keutamaan yang tidak boleh dikompromi.– BERNAMA Topic Berkaitan #MOD #Tentera Udara #peluru berpandu balistik #peluru berpandu krus #Dron Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump 1 minute ago Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran 11 minutes ago Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran 21 minutes ago Dunia Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran – CENTCOM 31 minutes ago Dunia Majlis kepimpinan interim Iran dibentuk, mulakan operasi – Presiden 40 minutes ago Dunia UAE pintas 165 peluru berpandu balistik, dua peluru berpandu krus dan 541 dron sejak serangan Iran bermula 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
UAE pintas 165 peluru berpandu balistik, dua peluru berpandu krus dan 541 dron sejak serangan Iran bermula
