UKM henti guna khidmat koperasi urus pengambilan pelajar, kutipan yuran

UKM henti guna khidmat koperasi urus pengambilan pelajar, kutipan yuran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung Malaysia Lebih 1,500 sertai Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan 2026 Malaysia UKM henti guna khidmat koperasi urus pengambilan pelajar, kutipan yuran Advertisement Malaysia UKM henti guna khidmat koperasi urus pengambilan pelajar, kutipan yuran Bernama 24/02/2026 | 20:45 MYT Adam Adli berkata, langkah itu diambil sebagai tindakan pembetulan segera bagi memastikan tadbir urus kewangan yang lebih telus dan berakauntabiliti selepas audit mendapati ketakteraturan dalam kutipan yuran. – Bernama KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak lagi menggunakan khidmat koperasi bagi urusan pengambilan pelajar dan kutipan yuran susulan teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2026 berhubung ketakteraturan pengurusan hasil yuran pelajar.Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Adam Adli Abd Halim berkata proses pengambilan dan kutipan yuran bagi program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dilaksanakan sepenuhnya oleh UKM bermula kohort tujuh, semester satu sesi 2025/2026, manakala program Sarjana Pendidikan (SPEND) bermula kohort 10, semester dua sesi 2025.Advertisement Beliau berkata langkah itu diambil sebagai tindakan pembetulan segera bagi memastikan tadbir urus kewangan yang lebih telus dan berakauntabiliti selepas audit mendapati ketakteraturan dalam kutipan yuran.“Pelarasan semula telah dibuat dengan mengiktiraf hasil berjumlah RM2.27 juta bagi SPEND dan RM30.09 juta bagi DPLI untuk 2024 serta RM27.67 juta bagi kohort terdahulu untuk 2025, manakala semua hasil yuran pelajar DPLI kohort tujuh telah diperakaunkan sepenuhnya.“Surat tuntutan telah dikeluarkan kepada koperasi terlibat dan setakat ini RM1.83 juta berjaya diperoleh semula, dengan usaha pemulihan baki tertunggak diteruskan melalui saluran perundangan,” katanya ketika menggulung usul LKAN 1/2026 bagi kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.Selain itu, siasatan terhadap perjanjian kerjasama yang tidak sah sedang dijalankan oleh Pusat Integriti dan Ombudsman UKM, dan universiti memberi kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.Berhubung isu baki geran penyelidikan berjumlah RM110.67 juta melibatkan lima universiti penyelidikan, Adam Adli berkata perkara itu bukan berpunca daripada ketirisan, sebaliknya hasil penjimatan dan lebihan dana projek sepanjang tempoh hampir 20 tahun.Beliau berkata baki tersebut melibatkan 7,129 projek pembangunan dan penyelidikan (R&D) sejak 2006 hingga Jun 2025 dengan purata RM15,524 bagi setiap projek.Adam Adli turut menjelaskan lebihan berlaku antaranya disebabkan projek selesai dengan penggunaan optimum, penjimatan kos teknologi dan kekangan peraturan kewangan.– BERNAMA Topic Berkaitan #Dewan Rakyat #UKM #Adam Adli Abdul Halim #LKAN #bahas #KPT Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia FedEx failkan saman tuntut bayaran balik tarif Trump selepas keputusan Mahkamah Agung few seconds ago Malaysia Lebih 1,500 sertai Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan 2026 8 minutes ago Malaysia UKM henti guna khidmat koperasi urus pengambilan pelajar, kutipan yuran 22 minutes ago Malaysia Pesara jurutera rugi RM1.1 juta terperdaya pelaburan saham tidak wujud 36 minutes ago Malaysia JAS Kedah siasat kes ikan ternakan sangkar mati di Sungai Kerian 38 minutes ago Malaysia PPM rampas minyak sawit mentah, mercun dan bunga api bernilai lebih RM627,000 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *