Warga Malaysia di perantauan bimbang perang jejas perancangan balik beraya | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran Advertisement Malaysia Warga Malaysia di perantauan bimbang perang jejas perancangan balik beraya Bernama 01/03/2026 | 23:20 MYT Pengembara kini perlu merancang lebih teliti, dengan mencari pilihan penerbangan yang tidak membuat hentian transit di Asia Barat. – Gambar hiasan KUALA LUMPUR: Warga Malaysia yang berada di pelbagai negara di perantauan menyuarakan kebimbangan tidak dapat meraikan 1 Syawal di kampung halaman susulan perkembangan yang berlaku di Asia Barat sejak Sabtu. Keresahan warga Malaysia dapat dilihat di platform Threads apabila terdapat pengguna yang mendoakan rantau Asia Barat akan kembali aman memandangkan tiket penerbangan mereka untuk pulang beraya menjelang minggu depan.Advertisement Seorang pengguna Threads, renjanabungaditelinga berkata beliau dijadualkan pulang ke Malaysia dua minggu lagi namun dengan peperangan yang berlaku beliau reda jika tidak dapat balik beraya. Pengguna Threads mariaarima_kakya berharap keadaan akan pulih menjelang minggu depan supaya beliau boleh pulang beraya. Pengguna Threads shahrulhambali berkata, untuk pulang beraya di Malaysia, beliau perlu memilih syarikat penerbangan yang tidak transit di Asia Barat. Terdapat pengguna Threads yang mencadangkan beliau untuk terbang ke China terlebih dulu dan pulang beraya di Malaysia dari negara Tembok Besar itu.Pada Ahad, syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan semua penerbangan ke dan dari Doha (DOH), Jeddah (JED), serta Madinah (MED) sehingga 4 Mac, 2026, susulan pembatalan yang dilaksanakan bermula 28 Feb hingga 1 Mac 2026. Menurut syarikat induknya, Malaysia Aviation Group Bhd (MAG), ini berikutan penutupan berterusan ruang udara di beberapa bahagian di Asia Barat di tengah-tengah perkembangan keselamatan serantau yang semakin memuncak. Pada Sabtu, Israel bersama-sama Amerika Syarikat menyerang Iran, menyebabkan Iran membalas serangan itu dengan menyerang Israel dan kepentingan Amerika Syarikat di negara Teluk. — BERNAMA Topic Berkaitan #warga Malaysia #balik raya #Asia Barat #peperangan #PENERBANGAN Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump 3 minutes ago Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran 13 minutes ago Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran 23 minutes ago Dunia Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran – CENTCOM 33 minutes ago Dunia Majlis kepimpinan interim Iran dibentuk, mulakan operasi – Presiden 43 minutes ago Dunia UAE pintas 165 peluru berpandu balistik, dua peluru berpandu krus dan 541 dron sejak serangan Iran bermula 53 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Warga Malaysia di perantauan bimbang perang jejas perancangan balik beraya
