Wisma Putra pantau rakyat Malaysia di Iran, kekalkan nasihat perjalanan

Wisma Putra pantau rakyat Malaysia di Iran, kekalkan nasihat perjalanan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Teknologi Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI Malaysia Tiga pegawai PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris Malaysia [TERKINI] Agong gering susulan sakit otot, tulang Advertisement Malaysia Wisma Putra pantau rakyat Malaysia di Iran, kekalkan nasihat perjalanan Bernama 27/02/2026 | 11:20 MYT Wisma Putra memaklumkan fokus utamanya kekal tertumpu kepada aspek keselamatan dan kebajikan konsular warganegara Malaysia. – Foto fail/BERNAMA PUTRAJAYA: Kementerian Luar Malaysia sentiasa memantau kesejahteraan rakyat Malaysia di Iran susulan perkembangan situasi semasa di negara itu.Dalam satu nasihat yang dikeluarkan pada Jumaat, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan fokus utamanya kekal tertumpu kepada aspek keselamatan dan kebajikan konsular warganegara Malaysia.Advertisement “Perkhidmatan dan bantuan konsular yang sewajarnya terus dipanjangkan kepada rakyat Malaysia yang atas kerelaan sendiri telah memilih untuk terus berada di Iran,” menurut kenyataan itu.Mengulas minat media untuk menghubungi rakyat Malaysia yang kini berada di Iran, Wisma Putra berkata pihaknya menghormati privasi dan keputusan peribadi mereka serta, dengan mematuhi sepenuhnya prinsip perlindungan data peribadi, tidak dapat mendedahkan maklumat peribadi, berkongsi butiran hubungan atau mengaturkan sebarang sesi libat urus antara pihak media dan individu yang terlibat.Wisma Putra menegaskan bahawa nasihat terdahulu yang dikeluarkan pada 5 Feb kekal tidak berubah, iaitu menasihati rakyat Malaysia supaya menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Iran buat masa ini.Rakyat Malaysia yang kini berada di Iran digesa mempertimbangkan untuk membuat aturan perjalanan sewajarnya melalui saluran komersial yang tersedia, manakala mereka yang memilih untuk kekal perlu sentiasa berwaspada, mengelakkan perhimpunan awam berskala besar serta mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Bahagian Konsular kementerian pada waktu pejabat di talian +603-8887 4597, +603-8887 4769, +603-8887 4264 atau melalui e-mel di [email protected].Kementerian juga boleh dihubungi selepas waktu pejabat menerusi talian kecemasan di +603-8887 4570 atau melalui e-mel di [email protected].Wisma Putra memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau situasi dengan teliti dan menyalurkan perkembangan terkini sekiranya perlu.– BERNAMA     Topic Berkaitan #Wisma Putra #Iran #nasihat perjalanan #rakyat Malaysia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Teknologi Google perkenal Nano Banana 2, tingkat ketepatan imej dan teks dalam penjanaan AI few seconds ago Malaysia Tiga pegawai PALAPES didakwa sebabkan kematian Syamsul Haris 12 minutes ago Malaysia [TERKINI] Agong gering susulan sakit otot, tulang 13 minutes ago Malaysia Lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di Empangan Sultan Azlan Shah 22 minutes ago Malaysia Klien PUSPEN positif dadah: AADK tukar petugas, mula tindakan tatatertib 42 minutes ago Malaysia Wisma Putra pantau rakyat Malaysia di Iran, kekalkan nasihat perjalanan 53 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *