Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Pas perlu berani tonjolkan Samsuri, jangan turut kehendak Bersatu – Penganalisis Malaysia Malaysia lancar garis panduan spa mesra Muslim pertama dunia Malaysia Bekas Pengarah SRC tidak tahu pemindahan RM42 juta kepada Najib, mahkamah diberitahu Advertisement Malaysia Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat Astro AWANI 05/03/2026 | 21:00 MYT Wisma Putra berkata pihaknya memandang serius peningkatan ketegangan konflik di Asia Barat. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Kementerian Luar memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang bekerjasama dengan perwakilan diplomatik Malaysia, kerajaan di Asia Barat serta syarikat penerbangan untuk memindahkan rakyat Malaysia yang terkandas susulan penggantungan penerbangan dan penutupan ruang udara di rantau berkenaan.Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra, menyatakan bahawa usaha pemindahan itu turut melibatkan rakyat Malaysia yang ingin kembali ke tanah air dengan menggunakan pangkalan data rakyat Malaysia yang berdaftar.Advertisement “Perwakilan Diplomatik Malaysia di negara-negara terjejas telah berhubung dengan rakyat Malaysia sejak peringkat awal konflik bagi menyalurkan bantuan konsular serta mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk tujuan perancangan kontingensi.”Rakyat Malaysia digesa untuk segera mendaftar dan mengemaskini maklumat perhubungan masing-masing dengan Kedutaan Besar Malaysia atau Perwakilan Malaysia yang terdekat, atau melalui e-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my, bagi memudahkan penyelarasan pemindahan berkenaan,” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis.Kementerian memaklumkan bahawa pihaknya akan memastikan usaha pemindahan yang penting itu dilaksanakan dengan jayanya, dengan sokongan semua pihak berkaitan, demi kepentingan rakyat Malaysia.Wisma Putra menggesa rakyat Malaysia di negara yang terjejas supaya meningkatkan tahap kewaspadaan, mengelakkan kawasan aktiviti ketenteraan dan perhimpunan awam serta mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.Dalam nasihat perjalanan yang dikemas kini, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke negara-negara yang terjejas akibat konflik semasa, termasuk mereka yang berhasrat menunaikan umrah atau ziarah.Wisma Putra berkata pihaknya memandang serius peningkatan ketegangan konflik di Asia Barat.“Keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan kami. Nasihat ini akan terus berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak. Kami merayu agar semua pihak memahami termasuk agensi pelancongan,” menurut kementerian itu.Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi perwakilan diplomatik Malaysia yang terdekat: KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN, IRANTel: +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 / +98 933 535 2602 (Kecemasan)E-mel: [email protected] KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MANAMA, BAHRAINTel: +973 1756 4551 / +973 3899 0749 (Kecemasan)E-mel: [email protected] KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BAGHDAD, IRAQTel: +964 787 859 8775 (Kecemasan)E-mel: [email protected] KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI AMMAN, JORDANTel: +962 6590 2400 / +962 78590 2400 (Kecemasan)E-mel: [email protected] KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KUWAIT CITY, KUWAITTel: +965 2255 0394 / +965 2255 0395 / +965 9678 3036 (Kecemasan)E-mel: [email protected] KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI BEIRUT, LUBNANTel: +961-3052 258 / +961 7677 2527E-mel: [email protected] KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI MUSCAT, OMANTel: +968 2469 8329/ +968 2469 8643/ +968 7159 2388 (Kecemasan)E-mel: [email protected] KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI DOHA, QATARTel: +974 4483 6463 / +974 4483 6493 (Kecemasan)E-mel: [email protected] KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI RIYADH, ARAB SAUDITel: 00 966 11 488 7098 / 00 966 11 482 4177 / 00 966 11 488 7100 (Kecemasan)E-mel: [email protected] KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI JEDDAH, ARAB SAUDITel: +966 126 727 740 | +966 573 099 589 (Operasi 24 jam)E-mel: [email protected] KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI ABU DHABI, UAETel: +971 2 4482 775 / +971 2 4482 776E-mel: [email protected] KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI DUBAI, UAETel: +971 4 3985 847 / +971 50 737 9196 (Kecemasan)E-mel: [email protected] Situasi di Asia Barat tegang sejak Sabtu lepas (28 Feb) apabila Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara Teluk.– BERNAMA Topic Berkaitan #Wisma Putra #Asia Barat #konflik #negara teluk Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik Pas perlu berani tonjolkan Samsuri, jangan turut kehendak Bersatu – Penganalisis 5 minutes ago Malaysia Malaysia lancar garis panduan spa mesra Muslim pertama dunia 5 minutes ago Malaysia Bekas Pengarah SRC tidak tahu pemindahan RM42 juta kepada Najib, mahkamah diberitahu 20 minutes ago Malaysia Isu kronisme perlu difahami generasi muda untuk elak penyalahgunaan – Pushpan Murugiah 35 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Perpecahan dalam kalangan negara anggota punca PBB, EU tidak dapat bertindak – Penganalisis 35 minutes ago Dunia Misi AS di Iran bermotifkan keuntungan ekonomi, bukan perjuangan demokrasi – Penganalisis 35 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Wisma Putra selaras usaha pemindahan rakyat Malaysia susulan konflik di Asia Barat
