WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang

WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal Malaysia Kajian skim pembantu tadbir perkukuh laluan kerjaya, bukan kenaikan gred automatik – KPPA Advertisement Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang Asyraf Malik 11/03/2026 | 15:00 MYT Menurut baginda, Al-Quran bukan sekadar bacaan ibadah, tetapi sumber panduan yang membawa ketenangan jiwa dan kekuatan dalam menghadapi ketidaktentuan zaman. – Foto Bernama GOMBAK: Umat Islam diseru kembali menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama hidup dalam menghadapi cabaran semasa, khususnya ketika ketegangan geopolitik yang semakin meruncing di rantau Asia Barat.Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, dalam situasi musibah menimpa umat Islam di wilayah konflik, penghayatan terhadap Al-Quran menjadi asas penting membina kekuatan rohani dan perpaduan ummah.Advertisement “Pada saat dunia berdepan pelbagai kesukaran, khususnya di Asia Barat, respons paling tepat bagi kita sebagai orang beriman ialah kembali kepada ajaran Al-Quran dan bimbingan Nabi Muhammad SAW,” titah baginda ketika program World #QuranHour yang menghimpunkan umat Islam melalui tadabbur dan penghayatan kalam suci itu.Menurut baginda, Al-Quran bukan sekadar bacaan ibadah, tetapi sumber panduan yang membawa ketenangan jiwa dan kekuatan dalam menghadapi ketidaktentuan zaman.“Bacalah Al-Quran, kerana ia membawa ketenangan kepada hati. Bacalah Al-Quran kerana ia memberi panduan ketika kita berdepan saat-saat penuh ketidakpastian,” titah Al-Sultan Abdullah.Baginda turut mengingatkan segala kisah dalam Al-Quran, termasuk mengenai Bani Israel, bukan sekadar catatan sejarah, sebaliknya mengandungi pengajaran penting tentang keadilan, tanggungjawab dan keteguhan iman.Dalam titah yang sama, baginda juga menzahirkan harapan agar umat Islam terus bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain ketika dunia Islam berdepan pelbagai rintangan.“Kita memohon kepada Allah agar membimbing kita, melindungi serta menyelamatkan umat Islam di mana sahaja mereka berada, satukan ummah ini,” titah baginda.Pada Rabu, World #QuranHour (WQH) 2026 berlangsung selama satu jam di Masjid Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).WQH 2026 yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya tahun ini mengangkat Surah al-Muzzammil sebagai surah pilihan dengan tema ‘Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia’.Ia dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan turut dinaungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Kerjasama UIAM.WQH 2026 turut dihidupkan dengan kehadiran diplomat dan wakil negara luar termasuk duta serta pesuruhjaya tinggi dari negara Turkiye, Maldives, Oman, Jordan, Iran, Tajikistan dan Rusia. Topic Berkaitan #World #QuranHour 2026 #Sultan Pahang #Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #konflik Asia Barat Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia WQH 2026: Ketika dunia bergolak, orang beriman harus kembali kepada Al-Quran – Sultan Pahang 8 minutes ago Hiburan MBO Cinemas tutup operasi secara kekal 18 minutes ago Malaysia Kajian skim pembantu tadbir perkukuh laluan kerjaya, bukan kenaikan gred automatik – KPPA 33 minutes ago Malaysia Jajaran sisihan ECRL ke Pelabuhan Kuantan siap hujung tahun ini  48 minutes ago Malaysia Agong berkenan tunai zakat RM10 juta 1 hour ago Dunia Konflik Asia Barat: Lima maut dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *