Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura

Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk Malaysia Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura Dunia PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL Advertisement Malaysia Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura Bernama 21/02/2026 | 00:39 MYT Anwar berkata perbincangan turut menyentuh mengenai langkah untuk memperkukuh kerjasama dalam menyelesaikan isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara. – Gambar Facebook KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha mempererat persahabatan Malaysia dan Singapura antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong, hari ini.Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata perbincangan turut menyentuh mengenai langkah untuk memperkukuh kerjasama dalam menyelesaikan isu tertunggak melibatkan kedua-dua negara.Advertisement “Saya amat menghargai kunjungan Perdana Menteri Lawrence yang menjadi manifestasi persahabatan kedua-dua negara, di samping memperteguh hubungan peribadi antara kami.“Semoga pertemuan ini serta keberkatan Ramadan terus menyuburkan persefahaman dan kemakmuran berpanjangan kepada rakyat Malaysia dan Singapura,” katanya. Perdana Menteri turut menyifatkan pertemuan dengan Wong cukup bermakna kerana ia berlangsung di sebuah rumah agam berusia lebih seabad yang juga saksi kepada pelbagai detik penting sejarah, termasuk pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 serta Perjanjian Kemerdekaan pada 1957.“Saya dan PM Lawrence meneruskan coretan sejarah ini dalam pertemuan selama hampir tiga jam.“Kami sempat meninjau serta mendengar penerangan mengenai sejarah dan usaha pemuliharaan Seri Negara menerusi inisiatif Warisan Kuala Lumpur,” katanya.Pada pertemuan itu, Anwar turut menganjurkan majlis makan malam sempena lawatan Wong.Wong yang tiba di Malaysia pada 4.05 petang, berlepas pulang malam ini selepas menamatkan lawatan khas ke Malaysia.Kementerian Luar dalam kenyataan semalam memaklumkan kedua-dua perdana menteri dijangka membincangkan kerjasama dua hala dan isu kepentingan bersama termasuk hasil pemukiman pemimpin pada 4 Dis lepas.Singapura ialah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan mencecah RM402.35 bilion (USD93.97 bilion) pada 2025, meningkat 1.5 peratus berbanding 2024.– BERNAMA Topic Berkaitan #kerjasama #dua hala #SERI NEGARA #Sejarah Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Program Makanan Sedunia beri amaran Somalia di ambang krisis kelaparan semakin buruk 3 minutes ago Malaysia Pertemuan Anwar, Lawrence eratkan hubungan Malaysia, Singapura 3 hours ago Dunia PM Singapura ucap terima kasih kepada PM Anwar atas undangan berbuka puasa sempena lawatan khas ke KL 3 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 4 hours ago Dunia Masjidil Haram terima kunjungan jemaah pada Jumaat pertama Ramadan 4 hours ago Dunia Singapura longgarkan langkah kawalan terhadap wabak virus Nipah susulan situasi kembali stabil 4 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *