700 kes kebakaran terbuka direkodkan di Perak sejak Januari hingga Mac – Exco | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah Advertisement Malaysia 700 kes kebakaran terbuka direkodkan di Perak sejak Januari hingga Mac – Exco Bernama 29/03/2026 | 21:23 MYT Bomba turut memperkukuh kesiapsiagaan melalui penambahan jentera baharu, pemeriksaan berkala terhadap pili bomba serta rondaan di kawasan dikenal pasti sebagai titik panas kebakaran. – Gambar hiasan IPOH: Sebanyak 700 kes kebakaran terbuka melibatkan belukar dan lalang direkodkan di Perak bagi tempoh Januari hingga Mac 2026, menjadikannya kategori tertinggi setiap bulan.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching berkata keadaan cuaca panas dan kering ketika ini turut meningkatkan risiko berlakunya kebakaran terbuka di negeri itu.Advertisement Beliau berkata berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa daerah termasuk Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga), dengan suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius.”Selain kebakaran belukar dan lalang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan kebakaran sampah turut mencatatkan 157 kes, dalam tempoh sama.“Selain itu, kebakaran hutan merekodkan sebanyak 53 kes, manakala kebakaran kebun atau ladang mencatatkan 47 kes,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Program Kesedaran Awam Sempena Program MADANI Rakyat JBPM Perak, di sini hari ini.Justeru, Ng berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka dalam apa jua keadaan serta sentiasa menjaga keselamatan persekitaran.”Kerajaan negeri juga mengingatkan bahawa tindakan pembakaran terbuka bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan cepat terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini,” katanya.Dalam perkembangan lain, beliau berkata pelaksanaan hukuman lebih tegas terhadap kesalahan membuang sampah di tempat awam termasuk denda hingga RM2,000 dan Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) antara empat hingga 12 jam sedang dilaksanakan di Perak.“Secara prinsip, kerajaan negeri bersetuju dengan pelaksanaan itu, namun kita perlu memperhalusi kaedah pelaksanaan termasuk aspek penguatkuasaan dan pihak yang terlibat.“Kita mempunyai tempoh kira-kira enam bulan untuk menyelaras dan memuktamadkan mekanisme pelaksanaan sebelum boleh dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.Sementara itu, Pengarah JBPM Perak Datuk Sayani Saidon berkata JBPM Perak mengekalkan tahap kesiapsiagaan 80 peratus kekuatan anggotanya, yang bersedia pada setiap masa bagi menghadapi risiko kebakaran susulan cuaca panas ketika ini.Beliau berkata antara 950 hingga 1,000 anggota bomba berada dalam keadaan siap siaga walaupun dalam tempoh musim perayaan, dengan sistem cuti dilaksanakan secara berjadual bagi memastikan operasi tidak terjejas.”Dalam satu-satu masa, kira-kira 80 peratus anggota tetap bersedia untuk digerakkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jika berlaku kebakaran sampah, kebakaran hutan dan sebagainya,” katanya.Sayani berkata bomba turut memperkukuh kesiapsiagaan melalui penambahan jentera baharu, pemeriksaan berkala terhadap pili bomba serta rondaan di kawasan dikenal pasti sebagai titik panas kebakaran.”Pemeriksaan turut melibatkan semua aset termasuk jentera dan anggota bagi memastikan operasi pemadaman dapat dilaksanakan dengan cekap.“Walaupun cuaca panas, kita juga berdepan hujan dan angin kencang pada waktu tertentu. Jadi, kesiapsiagaan kita meliputi kedua-dua situasi cuaca ekstrem ini,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Sandrea Ng Shy Ching #Sayani Saidon #bomba #kebakaran #Perak Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 13 minutes ago Dunia Iran dakwa 281 pelajar, guru terbunuh dalam serangan AS-Israel 35 minutes ago Malaysia Ketua Hakim Negara dahului 1,026 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat negeri Sabah 1 hour ago Dunia Iran dakwa AS cuba capai matlamat perang menerusi pelan 15 perkara 1 hour ago Malaysia Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk 1 hour ago Dunia Serangan AS-Israel mengenai bangunan menempatkan pejabat TV Al Araby di Tehran 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
700 kes kebakaran terbuka direkodkan di Perak sejak Januari hingga Mac – Exco
