Aliran trafik lebuh raya utama menghala ibu negara sesak malam ini

Aliran trafik lebuh raya utama menghala ibu negara sesak malam ini | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Prabowo hubungi Anwar, pemimpin negara Islam sempena Aidilfitri, perkukuh hubungan dua hala Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Dunia Kementerian Luar Iran tolak dakwaan Trump mengenai rundingan Advertisement Malaysia Aliran trafik lebuh raya utama menghala ibu negara sesak malam ini Bernama 23/03/2026 | 22:33 MYT Aliran trafik di lebuh raya utama negara sesak sehingga 8.30 malam ini berikutan peningkatan mendadak jumlah kenderaan warga kota selepas menyambut Aidilfitri. – Gambar fail/BERNAMA KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama negara sesak sehingga 8.30 malam ini berikutan peningkatan mendadak jumlah kenderaan warga kota selepas menyambut Aidilfitri.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan kesesakan melibatkan pergerakan kenderaan dari arah utara, selatan dan Pantai Timur ke arah ibu kota.Advertisement “Bagi Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1, keadaan paling kritikal dikesan bagi arah selatan melibatkan laluan dari Alor Pongsu ke Taiping Utara dengan kesesakan sepanjang 18 kilometer (km) akibat jumlah kenderaan sangat tinggi.“Di sektor selatan, kesesakan sepanjang 14 km dilaporkan dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat dengan anggaran kelewatan mencecah 40 minit,” katanya ketika dihubungi Bernama.Selain itu, aliran trafik dari arah selatan ke Kuala Lumpur dilaporkan perlahan di beberapa lokasi termasuk dari Bukit Gambir ke Jasin serta dari Pedas Linggi ke Senawang. “Bagaimanapun, aliran trafik di Plaza Tol Sungai Besi dilaporkan masih lancar setakat ini,” katanya.Bagi pengguna Lebuhraya Pantai Timur (LPT), kesesakan teruk sepanjang 25 km dilaporkan dari arah Plaza Tol Karak sehingga ke Lentang. “Trafik juga bergerak perlahan dari Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak bagi memasuki ibu kota,” katanya.Jurucakap itu berkata kesesakan juga berlaku di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), terutamanya di sekitar Plaza Tol Hutan Melintang menghala ke Sabak Bernam dengan trafik bergerak perlahan sehingga ke Jalan Persekutuan.Pihak LLM menasihatkan pengguna kekal sabar dan berhati-hati di jalan raya memandangkan aliran trafik dijangka terus tinggi sehingga lewat malam ini.– BERNAMA Topic Berkaitan #Aidilfitri #aliran trafik #lebuh raya #sesak Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Prabowo hubungi Anwar, pemimpin negara Islam sempena Aidilfitri, perkukuh hubungan dua hala 10 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 18 minutes ago Dunia Kementerian Luar Iran tolak dakwaan Trump mengenai rundingan 37 minutes ago Malaysia Aliran trafik lebuh raya utama menghala ibu negara sesak malam ini 1 hour ago Politik Pengasas PKR dakwa Rafizi Ramli menteri paling gagal 1 hour ago Sukan Cabaran menggunung menanti jurulatih hoki baharu kebangsaan 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *