Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban dalam serangan udara | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Tembakan di bar Texas disiasat sebagai serangan berunsur keganasan – FBI Dunia Serangan peluru berpandu ragut 9 nyawa di Israel Dunia Serangan ke atas sebuah sekolah di selatan Iran ragut sekurang‑kurangnya 153 nyawa Advertisement Dunia Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban dalam serangan udara Astro AWANI 02/03/2026 | 05:00 MYT Ahmadinejad pernah menerima kritikan antarabangsa terutamanya berhubung kenyataan anti-Semitik beliau. –fotoBERNAMA TEHRAN: Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, dilaporkan terkorban dalam satu serangan udara di Tehran, lapor agensi berita rasmi ILNA pada Ahad menurut Agensi Berita Jerman (dpa).Ahmadinejad, 69, terbunuh di kediamannya di timur Tehran bersama pengawal peribadinya, lapor ILNA.Advertisement Sepanjang lapan tahun memegang jawatan dari 2005 hingga 2013, Ahmadinejad pada mulanya merupakan tokoh pilihan golongan ulama Syiah yang memerintah serta kumpulan pelampau dan konservatif di parlimen.Bagaimanapun, menjelang akhir penggal perkhidmatannya, timbul keraguan terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan beliau. Dasar nuklearnya telah menyebabkan Iran dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa yang seterusnya membawa kepada krisis ekonomi.Ahmadinejad turut menerima kritikan antarabangsa terutamanya berhubung kenyataan anti-Semitik beliau. Semasa tempoh kepimpinannya, Iran dipulaukan di peringkat antarabangsa berikutan ancaman ketenteraan terhadap Israel serta penafian beliau terhadap peristiwa Holocaust.Para penyokongnya mula menjauhkan diri daripada beliau, malah kumpulan pelampau juga menganggapnya sebagai tokoh yang kontroversi pada penghujung tempoh jawatannya.– BERNAMA-dpa Topic Berkaitan #Iran #bekas presiden # Mahmoud Ahmadinejad #terbunuh Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Tembakan di bar Texas disiasat sebagai serangan berunsur keganasan – FBI 3 minutes ago Dunia Serangan peluru berpandu ragut 9 nyawa di Israel 32 minutes ago Dunia Serangan ke atas sebuah sekolah di selatan Iran ragut sekurang‑kurangnya 153 nyawa 43 minutes ago Sukan Liga Super: Kuching City tewaskan Imigresen FC 1-0 53 minutes ago Dunia Dua dron Iran sasar gudang di Pangkalan Tentera Laut Al-Salam Di Abu Dhabi 1 hour ago Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban dalam serangan udara
