Iran tangguh pengebumian negara untuk Khamenei – Laporan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat Malaysia Angkatan Aeroangkasa IRGC Iran ikrar pertahan negara Advertisement Dunia Iran tangguh pengebumian negara untuk Khamenei – Laporan Astro AWANI 05/03/2026 | 06:20 MYT Penganut Syiah memegang gambar Ayatollah Ali Khamenei di bandar Magam, Kashmir Tengah, Kashmir, India, pada Selasa lalu. – Gambar Reuters TEHRAN: Iran mengumumkan bahawa pengebumian negara untuk pemimpin agung, Ayatollah Ali Khamenei, yang dijadualkan berlangsung pada petang Rabu (4 Mac) di Tehran, telah ditangguhkan “berikutan jangkaan kehadiran yang luar biasa,” lapor televisyen negara.“Upacara perpisahan untuk Imam yang syahid telah ditangguhkan. Tarikh baharu akan diumumkan kemudian,” lapor televisyen Iran pada Rabu selepas Khamenei, 86, terbunuh dalam serangan AS-Israel pada hujung minggu.Advertisement Pada pagi Rabu, pihak berkuasa sebelum itu memaklumkan, satu acara penghormatan akan diadakan pada petang yang sama di Tehran sebelum jenazah Khamenei dikebumikan di kota suci Mashhad, tempat asalnya.Sejak Sabtu, serangan bertubi-tubi melanda Tehran, dengan peluru berpandu menyasarkan infrastruktur ketenteraan dan kerajaan.Pihak berkuasa tidak mengaitkan penangguhan itu dengan situasi keselamatan.Penangguhan itu sebahagiannya disebabkan oleh “jangkaan penyertaan berjuta-juta orang dan keperluan menyediakan infrastruktur yang sesuai” untuk jumlah kehadiran sebesar itu, kata Mohsen Mahmoudi, ketua Majlis Penyelarasan Pembangunan Islam Tehran, badan yang menguruskan acara tersebut, kepada TV negeri. – Agensi Topic Berkaitan #Perang Iran-Israel 2026 #Ayatollah Ali Khamenei #pengebumian Khamenei #Amerika serang Iran Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Dua faktor tentukan masa depan Fernandes di United 2 minutes ago Dunia Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat 12 minutes ago Malaysia Angkatan Aeroangkasa IRGC Iran ikrar pertahan negara 22 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Senat AS tolak usaha hentikan operasi ketenteraan AS terhadap Iran 32 minutes ago Bisnes QatarEnergy isytihar force majeur terhadap bekalan LNG 42 minutes ago Bisnes Kementerian Ekonomi mahu adakan mesyuarat penyelarasan bersama Petronas, BNM, MoF 52 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Iran tangguh pengebumian negara untuk Khamenei – Laporan
